Renungan perlawanan antara Harimau Malaya melawan Liverpool nanti beberapa perkara yang boleh difikirkan :
1. Mengapa ribuan penonton penyokong Livepool memenuhi stadium dengan penuh semangat dengan pakaian merah walaupun sesi latihan menunjukkan betapa minatnya rakyat Malaysia terhadap bola sepak. Mungkin pakaian pasukan Liverpool lebih mudah diperolehi ( sama ada ori atau tidak ) berbanding dengan jersi kuning Harimau Malaya. Di sinilah medan untuk menzahirkan jiwa merdeka dan patriot dengan memberi sokongan penuh kepada pasukan kebangsaan.
2. Dalam keadaan pertembungan antara pasukan negara Harimau Malaya dengan Liverpool, sokongan kuat kepada Liverpool menunjukkan jiwa patriotik masih lemah kalangan rakyat. Sepatutnya sokongan padu kepada pasukan negara perlu diberikan walaupun dalam proses pembinaan untuk peningkatkan. Sokongan berlebihan terhadap Liverpool menunjukkan jiwa masih di belenggu penjajah kerana dalam konteks pertandingan di medan sendiri penyokong lebih mengutamakan pasukan lawan dari segi sokongan. Memang tidak salah menyokong Liverpool sepenuhnya andainya perlawanan itu antara Liverpool dan Arsenal tetapi kini medan Liverpool dan pasukan Malaysia… berikan sedikit jiwa patriot anda.
3. Semoga pasukan Malaysia berjaya menunjukkan kecemerlangan dan menimba pengalaman berharga untuk meningkatkan kecemerlangan bola sepak negara. Sokongan perlu diberikan walaupun ketika menang atau sebaliknya. Bukannya menang dijulang bila jatuh dibuang. Selaras dengan kenyataan jurulatih negara Rajagopal pertemuan ini adalah medan yang terbaik untuk mengasah dan mempelajari sesuatu dan tidak wajar mengukur kemampuan pertembungan yang pada tahap keupayaan yang berbeda.
No comments:
Post a Comment