Tuesday, June 8, 2021

e-SUKAN atau e-PERMAINAN

su.kan] |  سوکن

e-Sukan atau e-Permainan ?
Merujuk secara ringkas Kamus Dewan Edisi ke-4, satu kesimpulan yang boleh dirumuskan ialah sukan adalah kegiatan yang melibatkan aktiviti, kemahiran dan tenaga. Secara amnya ia melibatkan pembakaran kalori atau erti mudah mengeluarkan peluh. Lantaran itu sukan seringkali dikaitkan dengan kecergasan dan kesihatan. 

Penggunaan istilah e-sukan ( dalam Bahasa Inggeris e-sport ) yang merujuk kepada permainan elektronik yang popular masa kini adalah kurang tepat. Tidak ada unsur pembakaran kalori dalam kegiatan itu, penggunaan istilah e-sukan seharusnya diganti dengan e-permainan. Mengapa penggunaan istilah e-sukan digunakan adalah bertujuan untuk menampakkan unsur positif permainan tersebut kerana istilah permainan seringkali menunjukkan aktiviti yang melekakan. Permainan elektronik yang popular seharusnya merujuk kepada e-permainan bukannya e-sukan.

Rujukan:

su.kan] |  سوکن



Definisi : I segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; bersukan melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Andy sering mengajaknya ~ di kawasan itu; kesukanan perihal sukan: semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

per.mai.nan] |  ڤرماءينن

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan ber­main (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadi­kan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (me­makai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)