Friday, December 27, 2019

GARDENIA AKRAB BORNEO




Lebih 10 tahun berlalu, setiap kali penerbangan kembali ke lokasi bertugas, aku melihat penuh di Eraman KLIA tidak lupa membeli cenderamakanan tanda kepulangan dari Tanah Malaya ke Borneo. Ku sapa.... “Bah... mahu pulang ke Borneo, jadi kamik bawa kembali untuk anak buah di kampung” ...jelasnya bila sembang sebelum pulang.

Ku perhatikan roti gardenia menjadi cendermakanan wajib kepulangan ke Borneo. Tertanya dibenak fikiran kerana ku lihat di tanah Borneo juga terdapat kilang roti gardenia dan juga di kedai runcit. “Ndak sama tu....” jelas seorang mak cik pada ku. Hingga kini setelah lebih 10 tahun ku berkhidmat di Borneo dan setiap kali kembali ke kampung tanah Malaya bercuti dan apabila kembali pulang bertugas... suasana ini masih dirasai. Keenakan rasanya juga murah serta ringan ia menjadi pilihan utama cenderamakanan dari tanah Malaya sekembalinya ke Borneo.

Akrabnya anak Borneo dengan roti gardenia yang seringkali menjadi cenderamakanan apabila pulang dari tanah Malaya. Uniknya budaya ini yang mengukuhkan ikatan kekeluargaan apabila kembalinya dari penerbangan jauh.  Ingin rasanya ku sampaikan ke pemilik gardenia agar menghargai budaya unik ini dengan melakarkan hiasan motif Borneo pada bungkusan rotinya.

Akrabnya anak Borneo dengan Gardenia lebih bererti melakarkan kenangan khas yang abadi 

Monday, December 23, 2019

e-Tunai Rakyat : eWallet tidak mesra warga desa



e-Tunai Rakyat inisiatif yang dinantikan warga yang terhimpit dengan tekanan sara hidup masa kini. Mungkin bagi warga kota eWallet menjadi rutin pengganti tunai. Logikal sepintas menunjukkan kelompok yang aktif menggunakan e-Dompet adalah generasi Kota dan generasi X yang liputan Internet 4G mantap. Rakyat ceruk desa atau yang telefon pintar biasa tidak melazimi e-dompet mahu pun e-bank mungkin bagi mereka e-Tunai lebih mesra dalam tambah nilai kad TnG.... kerana pasti mereka ke Lebuhraya untuk mencari keperluan di kota. Semoga rintihan rakyat desa boleh  didengari agar e-Tunai dapat dirasai segenap lapisan yang memerlukan meskipun mereka masih mengunakan versi tekan-tekan seumpama Nokia 3310 atau sekadar komunikasi sosial WhatsApp....