Tuesday, October 14, 2014

PT3

Perubahan dalam pentaksiran bermula dengan perlaksanaan PT3. Impaknya belum jelas walaupun pelbagai teori dikemukakan. Apa yang pasti tugasan sampingan guru tetap bertambah dengan mencetak dan menyusun kertas soalan. Penandaan bukan persoalan kerana memang itulah tanggungjawab guru. Harapan PT3 ini tidak memberi 'ranking' tetapi menekankan peningkatan berdasarkan nilai mula dan pencapaian di lapangan iaitu 'headcount ' yang dihitung setiap penilaian

posted from Bloggeroid

Friday, April 11, 2014

Muhasabah Guru

Melihat pelbagai ragam pelajar, memberi keinsafan diri ini bukanlah insan hebat untuk mendidik mereka dan mengubah tetapi amanah menyampai nasihat dengan penuh hikmat terletak di bahu seorang guru. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka dalam mencari keredhaanMu

posted from Bloggeroid

Friday, April 4, 2014

KEBERKATAN REZEKI

Apa juga pekerjaan kita....rezeki dariNya. Kita hanya mengurus rezeki. Sukar untuk kita memahami rezeki yang diberi pada kita untuk dikongsi bersama hambaNya yang lain. Kita hanya perantaraan saluran rezeki

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 4, 2014

CATATAN

Hari ini kita memahami kepentingan mencatat sebagai pengikat ilmu. Namun demikian kita seharusnya lebih ingat bahawa kita sedang dicatat. Apakah catatan kebaikan melebihi keburukan......

HAYATI

Doa :
Ya Allah berilah kemuliaan apabila Kau terima taubatku
Ya Allah berilah kemuliaan apabila Kau ampuni dosaku

Ya Allah tolong muliakan aku dengan kekuatan hafazan
kejelasan kefahaman daripada ilmu AL QURAN

Ya Allah muliakan aku setelah Kau ampuni ku
dan terima taubat ku
dengan kurniakan suara yang merdu
sehingga sesiapa yang mendengar suaraku
bacaan ku kata-kata ku
akan bertambah gementar hati mereka
supaya melihat kebenaran walaupun mereka berhati batu

Ya Allah muliakan aku dengan limpahan rezeki yang halal
dan kurniaan dari rezeki yang tidak disangka

Ya Allah ambillah nyawaku pada saat Kau paling redha dengan ku
dan pada saat aku paling redha dengan MU

Ya Allah jadikanlah setiap langkah ku semakin dekat padaMU
dan janganlah ada setiap langkah ku semakin menjauhi MU

Amin