Monday, February 13, 2012

BUKU TEKS : HASRAT PELAJAR

Persoalan utama apabila sesi persekolahan dibuka antara perkara yang diberi perhatian ialah pengagihan buku teks pelajar. Isu buku teks pelajar ini didapati berbeza dalam mengikut keadaan :

Bagi pelajar sekolah rendah – isu buku teks berat menjadi perhatian utama ibu bapa penjaga. Berbeza keadaan bagi pelajar sekolah menengah rata-rata bukan masalah buku teks berat ke sekolah tetapi kurangnya buku teks yang dibawa relatif dengan kecemerlangan pelajar. Hasrat kerajaan dalam menyediakan keperluan pembelajaran pelajar amat baik tetapi pendekatan baru mungkin diperlukan. Mampukah kita memberi buku teks secara terus dan tetap hakmilik pelajar memandangkan bagi pelajar yang kurang berada amat penting. Pengembalian buku teks setiap hujung tahun menyebabkan pelajar tidak dapat merujuk kembaki apabila naik ke tingkatan lebih tinggi. Mungkin perlu difikirkan semasa pengagihan komputer 1Malaysia – semua buku teks dimuat-turun dalam bentuk digital ( E-books)  bagi memudahkan pelajar menggunakan selari dengan perkembangan teknologi. Alangkah baiknya jika boleh terus dimuat-turun ke peranti komunikasi seperti komputer tablet dan telefon pintar. Mungkin ini akan lebih menarik perhatian pelajar agar kembali ke buku teks sebagai rujukan utama.