Menyusuri jalan berliku ke Puncak Gunung Jerai memberi pengajaran bagaimana alim ulama telah sampai ke sini. Menyusuri kisah jejak Islam pertama di nusantara, Sheikh Abdullah dari Yaman yang dikhabarkan telah mengislamkan Merong Mahawangsa raja pertama Kedah yang memeluk Islam. Beberapa tinggalan yang dikaitkan dengan kisah tersebut dapat dilihat hingga kini antaranya Telaga Tok Sheikh, Padang Tok Sheikh dan Batu Shaf yang berada di Puncak Gunung Jerai. Ketenangan dan suasana hening syahdu memberikan rasa kusyuk jika beribadah di sini. Semoga para pengkaji akan dapat menyelongkar kisah ini untuk panduan generasi akan datang.
Friday, December 7, 2012
Tuesday, December 4, 2012
MEMERIAHKAN KOMUNIKASI
Dalam kerancakan perkembangan gadget komunikasi, peralatan komunikasi tablet pelbagai jenama dari yang termurah hingga termahal berada di pasaran. Mengikut kemampuan dan tujuan pengguna boleh memilih berdasarkan citarasa. Oleh yang demikian kemudahan internet tanpa wayar percuma haruslah diperluaskan untuk kemudahan rakyat umum terutama kawasan luar bandar. Rebat peralatan komunikasi seharusnya diiringi liputan internet tanpa wayar percuma akan memeriahkan komunikasi.
Saturday, November 24, 2012
KERJA MASA CUTI SEKOLAH
Pada masa kecil dahulu kebiasaan apabila musim cuti sekolah, anak lelaki akan menolong bapa bekerja sama ada menoreh getah, berkebun mungkin ke laut. Kini zaman beredar kebanyakan anak-anak tidak lagi bekerja bila cuti sekolah. Mungkin terlalu sibuk dengan tugasan persekolahan, latihan akademik bagi yang mengejar kecemerlangan. Atau pun mungkin sibuk dengan dunia maya FB dan permainan gadget ICT. Ketika mencuci kereta, kelihatan budak kecil berusia 8 tahun dalam persekolahan darjah 2, bersungguh-sungguh ingin membantu bapa saudaranya bekerja... Mungkin ingin rasa bekerja..walaupun hanya diberi tugas mengilap tayar, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Apakah mungkin kerja musim cuti boleh dijadikan kegiatan ko-kurikulum pelajar. Kerja ringan seperti membaiki kerusi meja, mengecat perabot boleh dijadikan kerja masa cuti. Walaupun dengan upah sedikit tetapi mengajar erti hidup disamping pendidikan formal. Mereka yang mengerti sukarnya mencari wang akan lebih menghargai peluang.
Saturday, November 10, 2012
LALUAN KEPADA SAINGAN
Adakalanya kita akan berusaha gigih untuk mengalahkan saingan kita walau apa cara sekali pun. Jarang sekali kita dengan orang yang sanggup memberi laluan kepada saingan kita apabila mengetahui ia lebih memerlukannya. Ini satu kisah yang mungkin menyentih hati kita bersama. Dalam acara larian jogathon yang dianjurkan oleh sebuah sekolah luar bandar menawarkan hadiah utama untuk pemenang ialah sebuah basikal. Bagi seorang pelajar luar bandar apatah lagi pelajar lelaki yang masih bersekolah rendah, hadiah basikal merupakan hadiah yang diidamkan oleh semua pihak. Dalam larian tersebut pelajar ini bersaing hebat dengan saingannya dari awal hingga ke akhir larian, mereka saling kejar mengejar dalam kedudukan tempat pertama dan kedua silih berganti sehingga ke garisan penamat.
Apabila hampir ke garisan penamat memang ketara ia sengaja memberi peluang kepada saingannya mendahului lalu dinobatkan sebagai pemenang yang bakal mendapat hadial basikal tersebut. Setelah ditanya selepas akhir larian kenapa pelajar ini memberikan laluan kepada saingannya. Ringkas pelajar ini menjelaskan “ saya tahu dia ( saingannya ) amat perlukan basikal tersebut dan dia tidak mampu membelinya, saya sudah ada basikal sendiri jadi saya ingin beri basikal tersebut kepadanya sebab itulah saya bagi peluang dia menang”.
Kisah ini pasti ada pengajarannya – kesanggupan melepaskan kemenangan kepada saingan yang hebat kerana sedar bahawa saingan tersebut amat memerlukannya walaupun dia sendiri boleh memonopoli hadiah sekiranya mahu. Apakah kita sanggup berbuat demikian terutama dalam pentas perniagaan.
Saturday, November 3, 2012
MENJANA BELIA NEGARA…
Belia merupakan aset utama negara yang bakal peneraju pada masa akan datang. Oleh yang demikian wajarlah menyalurkan segala ilmu dan kemahiran untuk melengkapkan diri menghadapi masa akan datang. Namun demikian adakah kemahiran yang disalurkan dapat diterjemahkan dalam hasil kerja yang menjana ekonomi negara. Mampukah mereka lepasan aliran kemahiran bersaing dalam arus perdana atau mereka tidak diberi peluang dan kemudahan untuk merintis langkah menjadi usahawan muda. Selain itu peluang menjana kemahiran untuk belia seharusnya lebih banyak disediakan berbanding dengan hanya hiburan yang sering digunakan untuk menawan hati belia. Maka selaras belia aset utama negara yang seharusnya mendepani perubahan , berfikiran jauh , melepaskan diri dari kongkongan , menjana kemahiran tinggi dan merintis perubahan….
Tuesday, October 30, 2012
JAMUAN KELAS : TRADISI TANPA PENDIDIKAN
Sunday, October 28, 2012
PAYUNG DAN MUSIM HUJAN
Saturday, October 20, 2012
PILIHAN TUGAS GURU
Andainya sebagai seorang guru selain tugas hakiki melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, apakah bidang yang akan menjadi pilihan anda atau kecenderungan anda.
Secara kebiasaannya ada 3 bidang utama dalam tugas seorang guru di sekolah iaitu :
i. Bidang Kurikulum – pengurusan pengajaran dan hasilnya boleh dilihat secara berkala dalam tempoh 3 atau 2 tahun melalui pencapaian peperiksaan awam khususnya.
ii. Bidang Ko-Kurikulum – seringkali memerlukan pengorbanan masa di luar waktu bertugas rasmi tetapi hasilnya dapat dilihat dalam tempoh jangka pendek dengan pencapaian dalam kejohanan / pingat.
iii. Bidang Hal Ehwal Pelajar – melibatkan proses pembentukan sahsiah pelajar, hanya yang tabah dan penuh cabaran, hasilnya mungkin hanya dapat dilihat apabila pelajar telah meninggalkan alam persekolahan dan tiada pengukuran kuantitatif. Kejayaan pasti sukar diukur dan dinilai dengan mudah.
Friday, October 5, 2012
ALKISAH 3 : DENDA YANG DIKEMBALIKAN…
Terkenang suatu ketika dahulu semasa mata pelajaran Fizik semasa Tingkatan 4 di sekolah menengah, suatu peristiwa yang menunjukkan minat terhadap pelajaran oleh kumpulan pelajar. Pengajaran pada hari itu mengenai tajuk “momentum” salah satu tajuk utama dalam mata pelajaran fizik. Semasa pengajaran tersebut pelajar akan menjalankan eksperimen dengan menggunakan troli dengan pita detik untuk mengkaji perlanggaran troli. Setelah melaksanakan eksperimen yang diarahkan oleh guru mengikut buku amali yang disarankan, seorang pelajar meminta kebenaran guru untuk mengulangi eksperimen dengan mengkaji perlanggaran dari pelbagai sudut dan keadaan. Ketika itu kumpulan pelajar berkenaan mencuba dengan menggunakan troli dengan pelbagai teknik perlanggaran dari sudut-sudut yang berlainan dan dengan jisim yang berlainan. Oleh kerana eksperimen dilaksanakan dengan penuh terkawal tanpa kebisingan melampau, guru tidaklah menghalang sehingga apabila pada akhir kelas setelah diminta mengembalikan alat radas kepada pembantu makmal bertugas. Ketika itu barulah guru Fizik menyedari bahawakumpulan pelajar ini telah menggunakan hampir dua gulung besar pita detik dalam eksperimen tersebut, apabila menyedari perkara tersebut lalu kami semua dipanggil dan lalu dikenakan denda membayar kos yang pita detik Terpaksalah semua pelajar dalam kelas berkongsi untuk mengganti pita detik yang dibazirkan. Pada hari berikutnya ketika wakil pelajar tersebut ingin menyerahkan kutipan wang gantian dan telah melaksanakan denda , ketika itu tiba-tiba seorang pelajar yang menghantar lampiran yang hampir setebal 10 helai kertas yang diletakkan keratan pita detik tersebut dan lengkap dengan pengiraan mengikut formula momentum yang telah diajarkan oleh guru bersama denda tersebut. Melihat keadaan tersebut, guru berkenaan dengan gaya selamba telah mengambil lembaran latihan tersebut dan meninggalkan wang kutipan denda di meja makmal lalu beredar dari kelas tersebut sambil berkata “jangan buat lagi…”. Peristiwa ini memberikan mesej bahawa seorang guru sebenarnya mementingkan hasil pembelajaran dan kesediaan pelajar memahami ilmu yang sedang diajar berbanding nilaian wang .
Tuesday, October 2, 2012
KELAS TAMBAHAN
Friday, September 21, 2012
18 TAHUN KEGURUAN
Thursday, September 20, 2012
TRANSORMASI AKAUN
Setelah cuba menghadap transformasi pendidikan 2013 , hari ini cuba memahami transormasi sistem perakaunan dari Sistem Akuan Tunai Ubahsuai kepada Sistem Akaun TerAkru. Sememangnya pendekatan yang amat baik tetapi rasanya elok sahaja biar kepada yang pakar melaksanakan tugas perakaunan, biarlah guru kembali ke tugas hakiki pengajaran.
Wednesday, September 19, 2012
TRANSFORMASI PENDIDIKAN
Menjelang 2013 anjakan perdana dalam arus pendidikan akan memberikan impak yang besar dalam perkembangan pendidikan negara pada masa akan datang. Adakah golongan pelaksana dapat menjalankan implimentasi dengan sebaiknya demi kejayaan bersama. Mungkinkah halangan lama masih membelenggu transformasi. Bersama menghayati 11 anjakan utama dalam transformasi pendidikan.
Monday, February 13, 2012
BUKU TEKS : HASRAT PELAJAR
Persoalan utama apabila sesi persekolahan dibuka antara perkara yang diberi perhatian ialah pengagihan buku teks pelajar. Isu buku teks pelajar ini didapati berbeza dalam mengikut keadaan :
Bagi pelajar sekolah rendah – isu buku teks berat menjadi perhatian utama ibu bapa penjaga. Berbeza keadaan bagi pelajar sekolah menengah rata-rata bukan masalah buku teks berat ke sekolah tetapi kurangnya buku teks yang dibawa relatif dengan kecemerlangan pelajar. Hasrat kerajaan dalam menyediakan keperluan pembelajaran pelajar amat baik tetapi pendekatan baru mungkin diperlukan. Mampukah kita memberi buku teks secara terus dan tetap hakmilik pelajar memandangkan bagi pelajar yang kurang berada amat penting. Pengembalian buku teks setiap hujung tahun menyebabkan pelajar tidak dapat merujuk kembaki apabila naik ke tingkatan lebih tinggi. Mungkin perlu difikirkan semasa pengagihan komputer 1Malaysia – semua buku teks dimuat-turun dalam bentuk digital ( E-books) bagi memudahkan pelajar menggunakan selari dengan perkembangan teknologi. Alangkah baiknya jika boleh terus dimuat-turun ke peranti komunikasi seperti komputer tablet dan telefon pintar. Mungkin ini akan lebih menarik perhatian pelajar agar kembali ke buku teks sebagai rujukan utama.