ALKISAH 3 : DENDA YANG DIKEMBALIKAN…
Terkenang suatu ketika dahulu semasa mata pelajaran Fizik semasa Tingkatan 4 di sekolah menengah, suatu peristiwa yang menunjukkan minat terhadap pelajaran oleh kumpulan pelajar. Pengajaran pada hari itu mengenai tajuk “momentum” salah satu tajuk utama dalam mata pelajaran fizik. Semasa pengajaran tersebut pelajar akan menjalankan eksperimen dengan menggunakan troli dengan pita detik untuk mengkaji perlanggaran troli. Setelah melaksanakan eksperimen yang diarahkan oleh guru mengikut buku amali yang disarankan, seorang pelajar meminta kebenaran guru untuk mengulangi eksperimen dengan mengkaji perlanggaran dari pelbagai sudut dan keadaan. Ketika itu kumpulan pelajar berkenaan mencuba dengan menggunakan troli dengan pelbagai teknik perlanggaran dari sudut-sudut yang berlainan dan dengan jisim yang berlainan. Oleh kerana eksperimen dilaksanakan dengan penuh terkawal tanpa kebisingan melampau, guru tidaklah menghalang sehingga apabila pada akhir kelas setelah diminta mengembalikan alat radas kepada pembantu makmal bertugas. Ketika itu barulah guru Fizik menyedari bahawakumpulan pelajar ini telah menggunakan hampir dua gulung besar pita detik dalam eksperimen tersebut, apabila menyedari perkara tersebut lalu kami semua dipanggil dan lalu dikenakan denda membayar kos yang pita detik Terpaksalah semua pelajar dalam kelas berkongsi untuk mengganti pita detik yang dibazirkan. Pada hari berikutnya ketika wakil pelajar tersebut ingin menyerahkan kutipan wang gantian dan telah melaksanakan denda , ketika itu tiba-tiba seorang pelajar yang menghantar lampiran yang hampir setebal 10 helai kertas yang diletakkan keratan pita detik tersebut dan lengkap dengan pengiraan mengikut formula momentum yang telah diajarkan oleh guru bersama denda tersebut. Melihat keadaan tersebut, guru berkenaan dengan gaya selamba telah mengambil lembaran latihan tersebut dan meninggalkan wang kutipan denda di meja makmal lalu beredar dari kelas tersebut sambil berkata “jangan buat lagi…”. Peristiwa ini memberikan mesej bahawa seorang guru sebenarnya mementingkan hasil pembelajaran dan kesediaan pelajar memahami ilmu yang sedang diajar berbanding nilaian wang .
betul tu. Cuma kadang2 murid2 je yang tak tau menghargainya...
ReplyDelete