Tuesday, March 4, 2014

HAYATI

Doa :
Ya Allah berilah kemuliaan apabila Kau terima taubatku
Ya Allah berilah kemuliaan apabila Kau ampuni dosaku

Ya Allah tolong muliakan aku dengan kekuatan hafazan
kejelasan kefahaman daripada ilmu AL QURAN

Ya Allah muliakan aku setelah Kau ampuni ku
dan terima taubat ku
dengan kurniakan suara yang merdu
sehingga sesiapa yang mendengar suaraku
bacaan ku kata-kata ku
akan bertambah gementar hati mereka
supaya melihat kebenaran walaupun mereka berhati batu

Ya Allah muliakan aku dengan limpahan rezeki yang halal
dan kurniaan dari rezeki yang tidak disangka

Ya Allah ambillah nyawaku pada saat Kau paling redha dengan ku
dan pada saat aku paling redha dengan MU

Ya Allah jadikanlah setiap langkah ku semakin dekat padaMU
dan janganlah ada setiap langkah ku semakin menjauhi MU

Amin

Saturday, November 2, 2013

Penghujung tahun.....

Penghujung tahun pelbagai refleksi diri untuk merungkai kejayaan sebelum ini. Namun demikian, kita sering mengabaikan refleksi diri dan muhasabah bahawa kini kita berada di penghujung usia....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, December 7, 2012

Semalam di Puncak Gunung Jerai

Menyusuri jalan berliku ke Puncak Gunung Jerai memberi pengajaran bagaimana alim ulama telah sampai ke sini. Menyusuri kisah jejak Islam pertama di nusantara, Sheikh Abdullah dari Yaman yang dikhabarkan telah mengislamkan Merong Mahawangsa raja pertama Kedah yang memeluk Islam. Beberapa tinggalan yang dikaitkan dengan kisah tersebut dapat dilihat hingga kini antaranya Telaga Tok Sheikh, Padang Tok Sheikh dan Batu Shaf yang berada di Puncak Gunung Jerai. Ketenangan dan suasana hening syahdu memberikan rasa kusyuk jika beribadah di sini. Semoga para pengkaji akan dapat menyelongkar kisah ini untuk panduan generasi akan datang.

Published with Blogger-droid v2.0.9

DSC_0272

Tuesday, December 4, 2012

MEMERIAHKAN KOMUNIKASI

Dalam kerancakan perkembangan gadget komunikasi, peralatan komunikasi tablet pelbagai jenama dari yang termurah hingga termahal berada di pasaran. Mengikut kemampuan dan tujuan pengguna boleh memilih berdasarkan citarasa. Oleh yang demikian kemudahan internet tanpa wayar percuma haruslah diperluaskan untuk kemudahan rakyat umum terutama kawasan luar bandar. Rebat peralatan komunikasi seharusnya diiringi liputan internet tanpa wayar percuma akan memeriahkan komunikasi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, November 24, 2012

KERJA MASA CUTI SEKOLAH

Pada masa kecil dahulu kebiasaan apabila musim cuti sekolah, anak lelaki akan menolong bapa bekerja sama ada menoreh getah, berkebun mungkin ke laut. Kini zaman beredar kebanyakan anak-anak tidak lagi bekerja bila cuti sekolah. Mungkin terlalu sibuk dengan tugasan persekolahan, latihan akademik bagi yang mengejar kecemerlangan. Atau pun mungkin sibuk dengan dunia maya FB dan permainan gadget ICT. Ketika mencuci kereta, kelihatan budak kecil berusia 8 tahun dalam persekolahan darjah 2, bersungguh-sungguh ingin membantu bapa saudaranya bekerja... Mungkin ingin rasa bekerja..walaupun hanya diberi tugas mengilap tayar, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh.  Apakah mungkin kerja musim cuti boleh dijadikan kegiatan ko-kurikulum pelajar. Kerja ringan seperti membaiki kerusi meja, mengecat perabot boleh dijadikan kerja masa cuti. Walaupun dengan upah sedikit tetapi mengajar erti hidup disamping pendidikan formal. Mereka yang mengerti sukarnya mencari wang akan lebih menghargai peluang.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, November 10, 2012

LALUAN KEPADA SAINGAN

Adakalanya kita akan berusaha gigih untuk mengalahkan saingan kita walau apa cara sekali pun. Jarang sekali kita dengan orang yang sanggup memberi laluan kepada saingan kita apabila mengetahui ia lebih memerlukannya. Ini satu kisah yang mungkin menyentih hati kita bersama. Dalam acara larian jogathon yang dianjurkan oleh sebuah sekolah luar bandar menawarkan hadiah utama untuk pemenang ialah sebuah basikal. Bagi seorang pelajar luar bandar apatah lagi pelajar lelaki yang masih bersekolah rendah, hadiah basikal merupakan hadiah yang diidamkan oleh semua pihak. Dalam larian tersebut pelajar ini bersaing hebat dengan saingannya dari awal hingga ke akhir larian, mereka saling kejar mengejar dalam kedudukan tempat pertama dan kedua silih berganti sehingga ke garisan penamat.

Apabila hampir ke garisan penamat memang ketara ia sengaja memberi peluang kepada saingannya mendahului lalu dinobatkan sebagai pemenang yang bakal mendapat hadial basikal tersebut. Setelah ditanya selepas akhir larian kenapa pelajar ini memberikan laluan kepada saingannya. Ringkas pelajar ini menjelaskan “ saya tahu dia ( saingannya ) amat perlukan basikal tersebut dan dia tidak mampu membelinya, saya sudah ada basikal sendiri jadi saya ingin beri basikal tersebut kepadanya sebab itulah saya bagi peluang dia menang”.

Kisah ini pasti ada pengajarannya – kesanggupan melepaskan kemenangan kepada saingan yang hebat kerana sedar bahawa saingan tersebut amat memerlukannya walaupun dia sendiri boleh memonopoli hadiah sekiranya mahu. Apakah kita sanggup berbuat demikian terutama dalam pentas perniagaan.

Saturday, November 3, 2012

MENJANA BELIA NEGARA…

Belia merupakan aset utama negara yang bakal peneraju pada masa akan datang. Oleh yang demikian wajarlah menyalurkan segala ilmu dan kemahiran untuk melengkapkan diri menghadapi masa akan datang. Namun demikian adakah kemahiran yang disalurkan dapat diterjemahkan dalam hasil kerja yang menjana ekonomi negara. Mampukah mereka lepasan aliran kemahiran bersaing dalam arus perdana atau mereka tidak diberi peluang dan kemudahan untuk merintis langkah menjadi usahawan muda. Selain itu peluang menjana kemahiran untuk belia seharusnya lebih banyak disediakan berbanding dengan hanya hiburan yang sering digunakan untuk menawan hati belia. Maka selaras belia aset utama negara yang seharusnya mendepani perubahan , berfikiran jauh , melepaskan diri dari kongkongan ,  menjana kemahiran tinggi dan merintis perubahan….

DSC_0208