16 Mei bakal menjelang dan kini telah 40 tahun sambutan Hari Guru diraikan untuk memartabatkan golongan pendidik di negara kita. Tahniah dan syabas kepada semua yang bergelar cikgu dan pendidik yang telah bertungkus lumus dalam membina modal insan negara. Golongan pendidik merupakan golongan yang menyumbang secara diam tanpa gah dan glamor, pelbagai dugaan dan cabaran serta isu yang melingkari golongan ini untuk memacu ke arah lebih cemerlang. Tahniah atas kejayaan semua yang berjaya menjadi pendidik yang unggul dan bukan sekadar seorang guru…..
Sunday, May 1, 2011
Sunday, April 17, 2011
INDEKS BMI PELAJAR
Pelajar obesiti berpunca dari amalan pemakanan yang tidak betul oleh ahli keluarga demikian. Pemantauan terhadap hidangan di kantin sekolah memang wajar agar kantin menyediakan makanan berkhasiat selaras kehendak kesihatan. Pengukuran indeks BMI pelajar pasti menjadi satu lagi senario yang memberi tugas tambahan kepada seorang guru. Persoalan cara pemakanan kurang berkhasiat ini seharusnya tindak bersepadu seharusnya dicapai:
1.Pemantauan kantin dan amalan makanan di sekolah hanya memberi pendidikan dan kesedaran serta kawalan sementara pelajar di sekolah, sedangkan pemakanan mereka selepas luar sekolah tidak dikawal. Tanggungjawab tidak seharusnya dibebankan dibahu pendidik sahaja.
2. Tindakan bersepadu antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan dan Pengguna agar makanan yang dipasarkan dipantau dari segi khasiatnya – kandungan gula, garam dan sebagainya. Mungkin tindakan pengharaman dan kawalan dari pasaran lebih berkesan dalam menghasilkan warga yang sihat. Harga makanan rencam yang murah menjadikan kegemaran golongan kanak-kanak termasuk pelajar. Seharusnya harga makanan sedemikian tinggi berbanding harga makanan berkhasiat misalnya harga minuman berkarbonat seharusnya lebih tinggi berbanding harga susu UHT.
3. Pemantauan oleh pihak KKM dalam memberi kelulusan pengeluaran makanan untuk warga negara perlu lebih ketat dan tegas agar pihak pengeluar dapat mengeluarkan makanan yang berkhasiat bukan semata keuntungan.
Friday, April 15, 2011
PEMBELAJARAN MAYA
Segenap pelusuk negara rancak dengan program pengagihan netbook 1Malaysia dan pakej langganan jalur lebar kepada pelajar sekolah. Hasrat kerajaan untuk merealisasikan akses digtial dan internet kepada semua pelajar memang dialukan. Oleh yang demikian sebagai pengisian kepada capaian internet ini, pihak KPM seharusnya mengambil inisiatif untuk menyelaraskan pengisian kandungan pendidikan di alam maya. penggunaan laman blog, laman sosial dan interaktif perlu dipergiatkan agar kandungan akademik dimuatturun sepenuhnya seperti buku teks versi digital atau e-book dan laman pembelajaran intrektif . Program pendidikan maya haruslah dilaksanakan agar netbook 1Malaysia dan akses internet ini dimanafaatkan oleh pelajar sebagai medium untuk meningkatkan pembelajaran dan bukan sekadar menjadi ‘ruang lepak’ yang baru bagi pelajar. Prasarana telah tersedia hanya menunggu pengisiannya sahaja
Friday, April 8, 2011
DUA ISU : GURU PUKUL PELAJAR dan PELAJAR PUKUL GURU
Minggu ini media memaparkan dua isu pendidikan yang masih berulang. Pertamanya guru dikatakan memukul pelajar yang dikatakan mencuri sehingga menyebabkan kematian. Keduanya – pelajar menumbuk guru sehingga patah hidung. Apa yang perlu direnung dan difikirkan …
1. Hasrat guru mendidik pelajar sehingga menyebabkan melampau batas dan mendatangkan kecederaan memang diakui silap dan dipapar sensasi media sehingga mendapat perhatian dan komentar menteri berkaitan. Memang ada kesilapan dalam tindakan dan sering kali mendapat perhatian.
2. Insiden pelajar menumbuk guru semasa cuba membawa pelajar ke bilik disiplin juga mendapat liputan media cuma sekilas, komentar pihak atasan dan suara pembelaan terhadap guru agak senyap. Peranan ibu bapa dan penjaga juga amat penting dalam membentuk sikap anak-anak
3. Rumusan kedua insiden berkenaan adalah gambaran bahawa cabaran pendidik masa kini amat berat. Kedua-dua situasi menunjukkan hasrat dan niat murni seorang guru ingin mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar dari terus melakukan kesilapan dan melakukan perbuatan yang melanggar disiplin. Kedua situasi adalah tanda guru yang prihatin dan ingin membetulkan kesilapan dan perlakuan pelajar – itulah tugas cabaran guru masa kini…
Thursday, March 31, 2011
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
“ Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” – tema Hari Guru Tahun 2011 semestinya dihayati oleh semua warga guru / pendidik. Sejarah membuktikan bahawa guru / pendidik bukan sahaja telah mentransformasi pendidikan tetapi mampu melaksanakan transformasi kepada negara seperti zaman pra kemerdekaan. Sebelum mengupas transformasi yang global, sedikit kita merenung kepada transformasi peringkat asas yang memghasilkan impak yang berkesan…..
1. Transformasi melihat kejayaan pendidikan bukannya dari hanya ukuran angka dan peratusan dalam pencapaian peperiksaan awam – bilangan A atau 100% lulus. Kejayaan yang bersepadu dengan melihat dari semua aspek dalam diri anak didik yang digilap potensinya. Mampukah institusi sekolah / pendidikan melahirkan pencapaian terbaik tanpa perlu melakukan tindakan penyingkiran pelajar yang ‘berkeranah’ dari sekolah yang berkenaan itulah kejayaan yang sebenarnya.
2. Transformasi perubahan lanskap dan solusi kepada isu yang telah lama dan berulang-ulang sering disebut oleh pemikir pendidik, kesatuan guru atau media antaranya isu nisbah guru per pelajar dalam kelas, guru yang memainkan peranan sebagai insan berkemahiran pelbagai ( multiskill ) kerana guru juga sebagai jurulatih sukan, warden, kerani, tukang kebun, mengajar di kelas, pegawai kebajikan, pengawal, skim gaji guru dan kenaikan pangkat kepada guru yang seharusnya diberi perhatian dan sebagainya masih berlegar dalam lanskap dunia pendidikan. Transformasi menuntut guru menjadi fokus kepada urusan pengajaran dan peningkatan profesionalisme.
3. Transformasi pendidikan dengan menyerap segala elemen moden terutama ICT dan jaringan sosial – blog, facebook, twitter sebagai salah satu medium penyampaian ilmu dan interaktif antara guru pelajar disamping tidak meminggirkan elemen tradisional yang diakui terbukti dan melengkapi proses penyampaian ilmu dan mendidik anak bangsa.
Harapan yang utama agar transformasi pendidikan negara memberikan impak yang berkesan dan berkekalan bukannya hanya slogan yang selari dengan senario semasa….
Wednesday, March 23, 2011
PENCAPAIAN SPM : TAHNIAH KEPADA GURU, PELAJAR & IBU BAPA
Pengumuman keputusan SPM 2010 oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata keputusan tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun. Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon. Bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G bagi semua mata pelajaran pula menunjukkan penurunan seramai 104 calon iaitu seramai 2,773 pada tahun lepas berbanding 2,877 pada 2009. Tahniah kepada semua pihak – guru, staff sekolah, pelajar , ibu bapa dan masyarakat kerana semuanya menyumbang kepada kejayaan ini. Media pasti memaparkan kejayaan yang terbaik dari tahun ke tahun.
Apa yang perlu direnungkan……
1. Bagi pelajar yang berjaya dengan cemerlang pasti masa hadapan yang gemilang bakal diraih setelah meneruskan perjalanan akademik yang panjang dan ke tahap selanjutnya. Namun demikian bagi pelajar yang kurang cemerlang, usah rasa putus asa kerana masa hadapan pasti akan ada selagi berusaha. Kejayaan sebenarnya ialah bagaimana kemampuan pelajar dapat menyesuaikan diri dan merebut peluang dalam kehidupan kerana ada pelajar yang kurang cemerlang dalam SPM tetapi mampu jadi jutawaan dan ada juga yang berjaya dalam SPM atau menara gading masih gagal mendapat kerjaya tetap.
2. Erti kejayaan sebenarnya bagi guru ialah apabila kelompok pelajar ‘nyawa ikan’ telah mengucapkan TERIMA KASIH CIKGU kerana LULUS disamping kelompok pelajar yang ‘bersinar’ menunjukkan sinarnya tetapi mereka jarang mengungkapkan ‘terima kasih’ . Kejayaan sebenarnya apabila mereka dapat berbakti kepada keluarga dan negara kelak.
Usaha dan gandingan bersama pasti akan meraih kejayaan yang dikongsi bersama…………
Monday, March 21, 2011
Bertemu Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad
Suatu petang pada 16.03.2011 ketika bersantai di Pekan Rabu, Alor Setar… buat pertama kali dalam sejarah dapat bertemu dan berjabat tangan dengan tokoh negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad, walaupun hanya bersembang sekadar 2-3 minit tetapi pengalaman yang amat berharga buat rakyat biasa yang bukan ahli politik. Detik kenangan itu merupakan pengalaman berharga. Komitmen Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam pembangunan Pekan Rabu dari pemimpin biasa , PM dan bekas PM tetap menghargai dan mengambil peluang mengingati nostalgia penting dalam kehidupannya seharus menjadi contoh kepada kita bak pepapah Melayu “ tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain”.