Friday, September 21, 2012

18 TAHUN KEGURUAN

Pertama kali masuk ke kelas melaksanakan eksperimen menyebabkan keadaan kelam kabut. Bahan kimia tersepah, kawalan kelas agak lemah hingga mendapat teguran guru senoir. Pengalaman mengajar erti seorang guru yang harus sentiasa belajar untuk mencapai kematangan. Namun selepas pengajaran 18 tahun, ada masanya hanya bawa sehelai kertas dan sebatang pen tapi pengajaran tetap berkesan? Siapa yang akan memberi teguran pada tahap ini. Setiap insan perlu sentiasa memperbaiki. Fikirlah....
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, September 20, 2012

TRANSORMASI AKAUN

Setelah cuba menghadap transformasi pendidikan 2013 , hari ini cuba memahami transormasi sistem perakaunan dari Sistem Akuan Tunai Ubahsuai kepada Sistem Akaun TerAkru. Sememangnya pendekatan yang amat baik tetapi rasanya elok sahaja biar kepada yang pakar melaksanakan tugas perakaunan, biarlah guru kembali ke tugas hakiki pengajaran.

Wednesday, September 19, 2012

TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Menjelang 2013 anjakan perdana dalam arus pendidikan akan memberikan impak yang besar dalam perkembangan pendidikan negara pada masa akan datang.  Adakah golongan pelaksana dapat menjalankan implimentasi dengan sebaiknya demi kejayaan bersama. Mungkinkah halangan lama masih membelenggu transformasi. Bersama menghayati 11 anjakan utama dalam transformasi pendidikan.

11 anjakan pendidikan

Monday, February 13, 2012

BUKU TEKS : HASRAT PELAJAR

Persoalan utama apabila sesi persekolahan dibuka antara perkara yang diberi perhatian ialah pengagihan buku teks pelajar. Isu buku teks pelajar ini didapati berbeza dalam mengikut keadaan :

Bagi pelajar sekolah rendah – isu buku teks berat menjadi perhatian utama ibu bapa penjaga. Berbeza keadaan bagi pelajar sekolah menengah rata-rata bukan masalah buku teks berat ke sekolah tetapi kurangnya buku teks yang dibawa relatif dengan kecemerlangan pelajar. Hasrat kerajaan dalam menyediakan keperluan pembelajaran pelajar amat baik tetapi pendekatan baru mungkin diperlukan. Mampukah kita memberi buku teks secara terus dan tetap hakmilik pelajar memandangkan bagi pelajar yang kurang berada amat penting. Pengembalian buku teks setiap hujung tahun menyebabkan pelajar tidak dapat merujuk kembaki apabila naik ke tingkatan lebih tinggi. Mungkin perlu difikirkan semasa pengagihan komputer 1Malaysia – semua buku teks dimuat-turun dalam bentuk digital ( E-books)  bagi memudahkan pelajar menggunakan selari dengan perkembangan teknologi. Alangkah baiknya jika boleh terus dimuat-turun ke peranti komunikasi seperti komputer tablet dan telefon pintar. Mungkin ini akan lebih menarik perhatian pelajar agar kembali ke buku teks sebagai rujukan utama.

Friday, November 18, 2011

SEMANGAT MEMBARA RM100 DIIRINGI PENCAPAIAN CEMERLANG 2012

TAHNIAH dan terima kasih atas bantuan RM100 bagi keperluan persekolahan 2012. Semoga sekolah menyaksikan pelajar dan ibu bapa penjaga bersemangat menerima bantuan tersebut dengan datang awal pagi ke sekolah. Semoga semangat itu dikekalkan dan ditunjukkan semasa masuk ke sekolah hari pertama 2012 dengan kelengkapan penuh dan dijelmakan dalam pencapaian akademik seterusnya. Mungkin satu kajian boleh dibuat untuk mengkali aliran perbelanjaan RM100 agar menepati dengan tujuan agihannya atau pun kajian sosiologi mengapakah semasa agihan bantuan kehadiran 100% tetapi semasa penyerahan keputusan peperiksaan atau pelaporan disiplin atau mesyuarat PIBG sasaran kehadiran sukar dicapai? Fikirkan bersama ! Didiklah bersama !

Saturday, November 12, 2011

GMP–PAGE : Pendidikan makin keliru

Perjuangan Gerakan Mansuh PPSMI ( GMP ) yang bertahun dengan sokongan pelbagai kini hanya baru mencapai ‘bau bacang’ hasilnya dan kelihatan dipinggirkan media perdana. Perjuangan PAGE yang baru bertapak ‘nampak berjaya’ melambatkan pemansuhan PPSMI. Semua bergerak atas alasan kepentingan pelajar – benarkah? Mungkin lebih relevan kalau dinyatakan sebenarnya perjuangan golongan yang senang berbahasa Melayu dengan golongan ‘lidah Melayu yang keras’ untuk bertutur bahasa sendiri. Mungkinkah ia akan melahirkan senario pendidikan zaman pra-kemerdekaan iaitu persekolahan dua aliran untuk pengajaran Sains dan Matematik. Segalanya makin menjadikan kekeliruan dan bagi seorang guru akhirnya apa yang ditanya bukanlah berapa peratus pengajaran dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, cuma berapa peratus yang LULUS, berapa peratus A, berapa peratus peningkatan matapelajaran. Jika diingat zaman dulu ilmuan akan menterjemah karya apa juga bahasa kepada bahasa tempatan agar ilmu disebarluaskan kepada rakyat. Apakah ini hasil doktrin pendidikan yang menyanjung tinggi kelulusan luar negara atau kita belum cukup berani untuk bertutur Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan kita.

Thursday, October 13, 2011

BERTUAHNYA PELAJAR KINI…

Rezeki yang dikurniakan perlu disyukuri. Menjadi pelajar hari ini bertuah dengan pelbagai kemudahan dan akses kepada sumber ilmu. Namun demikian mungkin sebab terlalu mudah ada sikap kurang bersyukur dikalangan mereka. Jika 20 tahun lalu untuk mendapatkan buku Koleksi Kertas Peperiksaan Sebenar Peperiksaan Awam amatlah sukar. Pelajar yang berjaya mendapatkannya ibarat mendapat ‘senjata rahsia’ untuk peperiksaan. Namun kini akses kepada latihan dan soalan percubaan semua negeri boleh dicapai dihujung cari, cuma sayangnya semasa pengajaran dengan guru, pelajar seringkali ‘terlupa’ membawa bahan tersebut. Sekoga sikap ini perlu dikikis agar menjadi pelajar yang lebih berdikari dan menghargai. Kini tertanya-tanya apakah ganjaran RM100.00 yang bakal diterima pelajar nanti akan menjana ilmu atau mengalir ke syarikat telekomunikasi dengan dihabiskan membeli top-up kad.. Syukurilah nikmat ini dengan menimba selautan ilmu…