Pages

Monday, February 28, 2022

Jiwa GAB bukan bererti Guru Akan Berehat …..


Polemik jawatan seringkali dikaitan dengan semangat guru untuk melaksanakan tugas mendidik dengan gigih. Pendidik yang asalnya dari guru biasa melangkah kepada jawatan guru Cemerlang , guru kanan , guru penolong kanan dan Pengetua seringkali dianggap seorang pendidik yang berjaya dan bersemangat tinggi. Namun demikian sebahagian besar pendidik ada yang memilih kekal sebagai guru akademik biasa biarpun dari gred dg41 hingga dg54. Mungkin ada antara mereka yang sebelum ini dalam gred berjawatan tetapi memilih untuk menjadi guru akademik biasa kerana kecintaan dalam mendidik selain tugas pentadbiran.





Berpegang pada prinsip berusaha cemerlang walaupun bukan guru Cemerlang menjadikan seorang pendidik ini tidak berfikir untuk berehat walaupun setelah melepaskan jawatan pentadbiran tetapi bergerak mara terus sebagai guru akademik biasa. Selaras dengan intipati slogan saranannya Permata Di Gerbang Selatan , guru dari SMK Kinarut ini walaupun telah melepaskan jawatan penolong kanan pada 2019 tetapi terus mara mencari peluang dan ruang sebagai guru akademik biasa Demi kecemerlangan anak didiknya. 
Mula melangkah dalam bidang akademik dengan Inovasi teknik Lipat 4 Dapat Sains Kimia SPM telah membawa guru ini sebagai Guru Inovasi Peringkat Negeri Sabah 2021. Selain menjadi mentor kepada 3 orang rakan sejawat sehingga kan berjaya meraih  Anugerah Guru Ikon Kajian Tindakan ( Wan Nadia ) dan Anugerah Ikon Guru Inovasi Papar ( Farahiyah dan Sharen Memyln ).




Selain dari pada itu dalam kegawatan persediaan Peperiksaan Bersepadu Amali Sains SPM , kebanyakan sekolah tercari cari rentak dalam kegusaran peperiksaan amali era pendemik. Guru inj berjaya membantu bidang Sains Matematik SMk Kinarut untuk melaksankan simulasi amali Sains SPM Bersepadu sebanyak 3 kali untuk memantapkan persediaan pelajar. Selain itu menjadi mentor pengubal Modul Amali Sains JPN Sabah untuk pemantapan amali Sains SPM 



Dengan semangat untuk terus memberi ruang kecemerlangan pelajar, guru ini terus melangkah dengan pelajarnya meraikan bersih Johan ( Safwanah Herman )  , Naib Johan ( Nur Nadrah Natasya Kadir )  dan tempat ke tiga ( Nur Farya ) dalam Pertandingan PBL STEM FIESTA Peringkat Daerah Papar pada 2021.









Dengan langkah yang berpaksikan kecemerlangan pelajar , maka seharusnya GAB ini menjadi rakan strategic ke pimpinan sekolah untuk menjadi mentor ke arah kecemerlangan. Ini menolak keras tanggapan sesetengah pihak yang beranggapan GAB terutama yang bergred tinggi sebagai guru yang berprestasi lemah sebaliknya seharusnya menjadikan rakan sinergi yang boleh dikongsi pengalaman biarpun tidak dijulang dengan jawatan atasan. Berpeganglah pada prinsip bahawa GAB bukanlah bermakna Guru Akan Berehat……..inilah pandangan tulus dari En NORAZRI MAT PIAH Mantan PK SMK Kinarut yang kini menjawat status GAB yang bercita untuk terus mendidik permata di Gerbang Selatan 





No comments:

Post a Comment