Pages

Friday, March 13, 2020

IMPIAN A+ : BUKAN HANYA SEKOLAH ELIT.... HARIAN LUAR BANDAR PUN MAMPU......

IMPIAN A+ :
BUKAN HANYA SEKOLAH ELIT.... SEKOLAH HARIAN PUN MAMPU

En. Norazri Mat Piah ( baju biru) bersama En. ZAMHARIR HJ AHMAD PENGETUA SMK KINARUT ( tengah berdiri) bersama pelajar cemerlang SPM 2019 dengan A+ KIMIA
Bersama pelajar cemerlang 9A SPM 2018 Sdri Zulhalim dengan A+ KIMIA anak nelayan yang hanya mendapat sumber pendidikan di sekolah, latar keluarga sederhana tidak berpeluang untuk kelas tuisyen swasta dan pendidikan MAYA

Keputusan SPM 2019 telah berlalu.... Lazimnya seperti tahun lepas paparan pelajar cemerlang semua A dan pencapaian A+ menjadi kepuasan segenap lapisan pendidik dan juga pelajar serta ibu bapanya. Melazimi budaya kecemerlangan sekolah pilihan seperti SBP, MRSM, SMKA dan MAKTAB serta Kolej terpilih terus menjulang kecemerlangan. Bagi mereka pencapaian semua A dan A+ adalah kebiasaan, mungkin sinergi guru - pelajar - ibu bapa yang mantap. Bagi guru bertaraf guru cemerlang dan pemeriksa kertas ia juga kelaziman kerana rahsia dimiliki mereka.

Bagaimana pula pendidik sekolah luar bandar sekolah harian yang pelajarnya yang terpilih telah berpindah ke sekolah pilihan. Bagi mereka sisa pelajar dengan kebanyakannya nilai mula C, D, E juga F..... Adakah mereka juga mampu melakar semua A dan A+.  Bagi guru yang terpilih mengajar di sekolah harian begini..... Adakah mereka tidak berusaha, gigih.... berketrampilan sebagai pendidik. Jika 20 tahun direzeki bertugas mendidik sekolah harian dengan pelajar bukan pilihan..... Adakah cukup sekadar pencapaian 100% menjadi kepuasan atau hanya melihat rakannya di sekolah lain yang bercerita kejayaan semua A dan pencapaian A+. 

Yakinlah... Impian A+ juga mampu bagi pelajar dan pendidik sekolah harian. Mungkin menghasilkan hanya seorang dua pelajar semua A dan seorang dua pencapaian A+ bagi mata pelajarannya akan menjadi kenangan indah sepanjang kerjaya dan menjadi azimat untuk terus gigih menghasilkan kecemerlangan. Di sini ingin berkongsi bersama rakan Pendidik, berkongsi pengalaman sebagai guru Kimia SPM lebih 10 tahun di sekolah harian luar bandar menghasilkan pelajar cemerlang semua A (9A) dan paling manis melakarkan jejak rintis pelajarnya mencapai A+ dan A dalam subjek Kimia SPM dua tahun berturut-turut.  Sentiasa tambah ilmu dan beri keyakinan kepada pelajar antara tips yang diamalkan. Kongsi tips impian A+ sekolah harian biasa bersama cikgu NORAZRI MAT PIAH yang dikenali InderaPutera AZRi perintis Teknik Lipat 4 Dapat KIMIA SAINS SPM. 

1. TAMBAH ILMU GURU 
Berkongsi dan mendalami ilmu untuk melahirkan pdpc yang lebih baik amat penting. Perkembangan arus pendidikan menjadikan guru perlu lebih terbuka dan menilai kualiti diri. Inilah yang perlu dilaksanakan selaku guru yang telah berkhidmat lebih 20 tahun.... Mempelajari dari guru lebih muda aspek pdpc digital, PA21K, inovasi pendidikan amat membantu untuk menarik pelajar yang lebih cenderung IT. Bersyukur kerana mengenali ikon Digital Classroom cikgu Aman dan ikon PA21K cikhu Hailmi yang sedia berinteraksi walaupun melalui platform maya membolehkan mempelajari Teknik pdpc terkini. "Orang lama juga tak mahu ketinggalan...." itulah prinsip cikgu AZRI. Selain itu mencari ilmu dari guru cemerlang yang lebih berpengalaman tanpa mengira muda atau guru lebih berpengalaman. Amalan ini akan lebih memberi keyakinan bagi guru dari era lama menghadapi cabaran semasa. 

2. CARI POTENSI DARI AWAL 
Usah tunggu pelajar di tingkatan 5 baru mencari bakat potensi pelajar. Dengan usaha kecil memberikan ganjaran ringkas kepada pelajar dari tingkatan 1 lagi apabila pelajar mencapai gred cemerlang dalam Sains yang mencapai markah 90 ke atas. adalah salah satu tips untuk melahirkan pelajar A+.  Ganjaran kecil yang disampaikan secara mengejut ke kelas memberikan cabaran dan pelajar menjadi teruja untuk cemerlang. 

Pelajar potensi cemerlang diraikan bersama semua guru Sains 

3. BERI DORONGAN DAN GANJARAN KEYAKINAN 
Berpegang kepada prinsip semua pelajar berpotensi untuk cemerlang. Ganjaran penghargaan akan dapat memberi pelajar lebih yakin untuk berjaya. Tanamkan cabaran keinginan mencipta rekod diri, keluarga, sekolah, kampung dan sebagainya akan mendorong pelajar cemerlang. Guru kongsi analisa 5 tahun untuk memberi ruang dan dorongan ini. 

Penyertaan dalam Kuiz KIMIA KEBANGSAAN 2019 membuka ruang persaingan. Pelajar berpencapaian merit dihargai 

4. RANCANGAN PERSAINGAN 
Pelajar hendaklah diberi peluang bersaing dan menunjukkan kehebatan dalam persaingan untuk melonjakkan kecemerlangan. Selain persaingan dalam kelas, penyertaan dalam pertandingan peringkat kebangsaan dapat membantu guru menyediakan ruang pelajar bersaing. Bagi pelajar luar bandar pendedahan kepada Kuiz Kimia Kebangsaan telah terbukti mereka mampu bersaing dengan berkongsi pencapaian dengan rakan sekolah lain. 

5. LATIHAN MERENTAS NEGERI 
Masa kini perkongsian bahan lebih mudah berbanding 20 tahun lalu. Penyertaan guru dalam kumpulan maya seperti Telegram Guru Kimia dan Sains memudahkan mendapat bahan dan latihan merentas negeri. Jika 10 tahun lalu, saya meminta rakan guru SBP, MRSM, SMKA dari zon Utara, timur, Selatan, tengah, Sabah dan Sarawak menghantar soalan peperiksaan pertengahan dan percubaan untuk diladikan latihan pengukuhan. Kini lebih mudah dengan adanya teknologi maklumat. Pelajar akan rasa tercabar dan yakin diri apabila mampu menjawab soalan tersebut... Dengan ini mereka juga yakin mampu mencapai A. 

6. PEMANTAPAN JAWAPAN JITU
Teknik menjawab soalan peperiksaan yang lebih tepat dan JITU amat penting untuk mencapai gred cemerlang. Ceramah Teknik Menjawab yang dilaksanakan dalam tempoh 2 Jam tidak mencukupi. Dengan ini guru perlu mengambil pendekatan setiap ujian dan peperiksaan dalaman seperti peperiksaan sebenar. Guru perlu saling berhubung dengan rakan yang berpengalaman. Usahlah guru malu meminta nasihat rakan menyemak silang kertas peperiksaan, sekarang mudah boleh 'scan' dan minta bantuan rakan. Usahlah rasa belas kasihan dalam permarkahan tetapi dorongan berterusan untuk pelajar dapat memperbaiki kelemahan yang perlu diperbaiki. 

7. PANTAU MEDIA SOSIAL 
Pembelajaran MAYA boleh membantu pencapaian pelajar bagi meningkat persaingan melalui pelbagai platform Google Classroom, Telegram, WhatsApp, Quizzes, Kahoot dan semacam seumpamanya. Kumpulan perbincangan kelas bersama guru mungkin membantu. Namun AWAS.... Jika kelekaan dalam media sosial akan memberikan kesan sebaliknya. Andaikata setiap 5 minit pelajar kemaskini status di media sosial ia menganggu fokus persediaan terutama 3 Bulan terakhir. Jika kita dapat memberi teguran langsung syukurlah sebab pelajar adakalanya lebih bijak dari guru untuk "unseen". Kebanyakan pelajar cemerlang menjauhi dari terperangkap di alam maya. 

Adalah mengharapkan perkongsian ini dapat memberikan semangat untuk kita sama sama mencipta kecemerlangan biarpun berjuang bersama pelajar biasa biasa tapi mampu kejayaan luar biasa.... 

NORAZRI MAT PIAH 
InderaPutera AZRi 
SMK KINARUT 89608 PAPAR SABAH 
Guru AKADEMIK Kimia 1994 - 2020 

No comments:

Post a Comment