e-Tunai Rakyat inisiatif yang dinantikan warga yang terhimpit dengan tekanan sara hidup masa kini. Mungkin bagi warga kota eWallet menjadi rutin pengganti tunai. Logikal sepintas menunjukkan kelompok yang aktif menggunakan e-Dompet adalah generasi Kota dan generasi X yang liputan Internet 4G mantap. Rakyat ceruk desa atau yang telefon pintar biasa tidak melazimi e-dompet mahu pun e-bank mungkin bagi mereka e-Tunai lebih mesra dalam tambah nilai kad TnG.... kerana pasti mereka ke Lebuhraya untuk mencari keperluan di kota. Semoga rintihan rakyat desa boleh didengari agar e-Tunai dapat dirasai segenap lapisan yang memerlukan meskipun mereka masih mengunakan versi tekan-tekan seumpama Nokia 3310 atau sekadar komunikasi sosial WhatsApp....
No comments:
Post a Comment