Menghadapi cabaran globalisasi masa kini telah merubah minda dan keteguhan jati diri untuk menghadapi cabaran amatlah dituntut. Tidak menentang arus globalisasi, tidak bermakna harus kita hanyut dalam arus globalisasi, sehinggakan jati diri terkapai-kapai kelemasan.
Jati diri aspek budaya , pakaian, gaya hidup sedikit tercalar dengan arus globalisasi namun masih boleh dipertahankan oleh pejuang budaya. Ketara dalam kelemasan ialah jati diri aspek berbahasa Melayu kini dalam terkapai-kapai dihanyut arus masa kini. Istilah asing yang diserap seperti precint, bouelvard, parkir dan sebagainya menjadi serapan yang menambah kekayaaan berbahasa atau hakisan bahasa. Unsur slanga , bombastik, meletop, vaganza dan selainya menjadi kelaziman sehingga menjejas kosa kata. Singkatan bahasa Inggeris seperti ECRL, iThink, NKRA , DLP dan pelbagai akronim yang seakan ketiadaan Bahasa Melayu yang lunak dan juga melambangkan kemajuan.
Bukan menafikan kepentingan Bahasa Inggeris sebagai kelebihan era globalisasi seperti kelebihan berbahasa Cina dalam menghadapi cabaran "jalan sutera baru". Namun kekuatan institusi terjemahan mampu memberi kekuatan kepada bahasa kita dan seterusnya memperkayakan bangsa.
Bangunlah pejuang bahasa ku dalam kelantangan deringan 'gadget' masa kini....
No comments:
Post a Comment