Saranan agar guru hanya fokus kepada mendidik yakni menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas telah lama kedengaran. Ia sering didendang dialun dan didendang setiap kali perubahan pucuk pimpinan. Hari ini sekali lagi dendangan itu dialukan oleh TPM, meniup harapan baru yang disambut oleh serata guru yang dibebani kepelbagaian fungsi.
Antara saranan yang telah lama dinantikan dalam mengurangkan bebanan pentadbiran guru yang sentiasa diseru dipohon dinantikam;
i. Pembantu guru yang disaran telah lama tapi belum nyata jawatannya.
Adakah anak muda menolak seperti sektor 3D.
ii. Warden asrama yang dilantik penuh juga pernah disarankan namun belum realiti.
iii. Tugasan perkeranian, kemasukan data, penyusun kertas dan tugas sokongan guru.
Namun kita mengharapkan dendangan indah itu menjadi kenyataan. Ini kerana guru telah kerapuhan emosi menjalani kepelbagaian fungsi - pengawal, tukang kayu, tukang paip, juru kimpalan, tukang masak, pemandu pelajar dan sebagainya yang telah lama terlaksana atas nama untuk anak murid untuk anak didik untuk kesempurnaan pendidikan.
No comments:
Post a Comment