Paparan Majalah 3 TV3 mengenai kejayaan SK Ulu Lubai, Sarawak meraih ganjaran dalam Tawaran Baru untuk warga pendidik mengajak kita berfikir dan fokus kembali kepada tugas utama kita sebagai pendidik. Antara inspirasi dari kejayaan itu :
1. Peranan besar Pentadbir Sekolah dan kerjasam guru serta warga sekolah yang sepenuh hati menyumbang bakti tanpa jemu dan berkira amatlah penting dalam dunia pendidikan. Kini telah sedikit terhakis sifat sedia berbakti tanpa berkira berbanding dengan guru-guru dahulu yang bersedia melaksanakan apa juga untuk pelajarnya.
2. Gandingan dan sokongan masyarakat setempat khusunya PIBG akan memberikan semangat yang membara untuk guru melaksanakan apa yang terbaik untuk anak didiknya. Kerjasama yang erat antara masyarakat dan sekolah akan lebih memberi impak dan kejayaan yang lebih gemilang. Sikap sering menyalahkan guru atau membesarkan kelemahan ( memang diakui ada kelemahan dalam diri pendidik kerana ia manusia biasa juga ) pendidik atau tekanan keterlaluan atau beban tugas bukan pengajaran akan melumpuhkan semangat membara dalam hati guru.
3. Kajian telah membuktikan bilangan pelajar yang kecil dalam kelas akan menjadikan guru lebih fokus kepada tugas pengajaran. Jika SK Ulu Lubai dengan muridnya yang sedikit lebih mudah difokuskan dan diberi tumpuan membolehkan kejayaan tercapai. Kita harus kembali memfokuskan kepada perjuangan dan hasrat agar nisbah pelajar per guru adalah relevan. Dengan adanya pelajar sekitar 20 – 25 pelajar per kelas pengajaran akan lebih berfokus.
4. Mungkin tiba masanya meluaskan ganjaran selain kepada 10 – 15% sekolah yang berjaya mencapai hasrat tawaran baru tetapi melebarkan kepada kelompok pertengahan. Perkiraan kadar elaun Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan seharusnya mengambil kira bilangan pelajar di bawah pengurusannya. Jika kini kadar elaun sama rasa bagi pentadbir di sekolah kurang murid ( 150 pelajar ) dengan pentadbir di sekolah lebihan murid ( 1800 pelajar ) yang pasti bebannya lebih besar. Semakin ramai staff dan pelajar semakin kompleks dan berat tanggungjawab pentadbir.
5. Hasrat melaksanakan idea sekolah satu sesi perlu disemarakkan kerana masih banyak sekolah dua sesi masa kini. Ia akan mengukuhkan lagi sistem pendidikan negara dan tuntuntan pelbagai program pendidikan masa kini.
No comments:
Post a Comment