Sunday, April 3, 2022
MELANGKAH KE HADAPAN
Monday, February 28, 2022
Jiwa GAB bukan bererti Guru Akan Berehat …..
Sunday, February 27, 2022
JAGALAH PERMATA SMK KINARUT
Gilaplah sinaran Permata Di Gerbang Selatan….
Melangkah dalam cabaran mendidik bermula sebagai guru biasa hinggalah mendaki cabaran pentadbiran memberikan kesan mendalam. Mungkin pada awalnya menjadi penolong kanan HEM terasa terlalu berat dengan bebanan untuk melentur lebih 2500 pelajar. Kepahitan pada awalnya berhadapan dengan gelagat remaja yang seringkali mencari penyelesaian dengan pergaduhan serta dominasi pencapaian rendah yang dikaitkan dengan sosioekonomi.
Namun demikian setelah 15 tahun berlalu… benih kejayaan mula berhasil. Kenakalan semakin berkurangan jejak cemerlang mula dirintis. Bagaikan awan gelap yang menyelubungi minda pelajar yang selama ini dilabelkan lemah, kurang berdaya saing dan presepsi sosioekonomi yang dibayangi sosiobangsa bagaikan berakhir. Garapan slogan Permata Di Gerbang Selatan dapat menyentuh hati untuk merungkai kecemerlangan. Satu demi satu butiran permata kini bersinar menunjukkan gemerlapan bintang A, A+ dan semua A disebalik awan gelap yang berlalu. Syukur rungkaian kecemerlangan merentasi jiwa pelajar mahupun guru sehingga bersinar peringkat daerah, negeri , kebangsaan bahkan antarabangsa.
Sinar kejayaan ini telah membuktikan bahawa persepsi pelajar sosioekonomi rendah dengan sosiobudaya penempatan mampu mencapai kecemerlangan asalkan berjaya mengikis lumpur hitam dengan kegigihan. Namun umpama pengukir permata sesekali tangannya terguris namun hatinya terasa puas melihat gemerlapan sinaran permata ukirannya di jemari insan ternama.
Dengan pesanan ketika serahtugas terakhir… pelihara dan jagalah permata di gerbang selatan ini selamanya
InderaPutera AZRi
16 Mei 2019
Wednesday, December 1, 2021
USAHA dan YAKIN BOLEH
Tuesday, June 8, 2021
e-SUKAN atau e-PERMAINAN
su.kan] | سوکن | ||||
e-Sukan atau e-Permainan ? Merujuk secara ringkas Kamus Dewan Edisi ke-4, satu kesimpulan yang boleh dirumuskan ialah sukan adalah kegiatan yang melibatkan aktiviti, kemahiran dan tenaga. Secara amnya ia melibatkan pembakaran kalori atau erti mudah mengeluarkan peluh. Lantaran itu sukan seringkali dikaitkan dengan kecergasan dan kesihatan. Penggunaan istilah e-sukan ( dalam Bahasa Inggeris e-sport ) yang merujuk kepada permainan elektronik yang popular masa kini adalah kurang tepat. Tidak ada unsur pembakaran kalori dalam kegiatan itu, penggunaan istilah e-sukan seharusnya diganti dengan e-permainan. Mengapa penggunaan istilah e-sukan digunakan adalah bertujuan untuk menampakkan unsur positif permainan tersebut kerana istilah permainan seringkali menunjukkan aktiviti yang melekakan. Permainan elektronik yang popular seharusnya merujuk kepada e-permainan bukannya e-sukan. Rujukan:
Definisi : I segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; bersukan melakukan atau menyertai aktiviti sukan: Andy sering mengajaknya ~ di kawasan itu; kesukanan perihal sukan: semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat) per.mai.nan] | ڤرماءينن Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan bermain (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadikan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (memakai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat) | ||||