Wednesday, January 22, 2020

1987 lagi cikgu kami dah pdpc STEM....

STEM : Seruan pdpc STEM menekankan pembelajaran nyata ( hand on) menjadikan pelajar lebih memahami dan menghayati. JOM... Kita berubah...


Terima kasih cikgu Fizik kami - cikgu Mohd Zaid Ismail - dah mengamalkan pdpc STEM masa belajar fizik 1987 lagi.... Benar pemahaman hingga kini. Bersama rakan sekelas Azmi Musa, Shahrul Rizal dan lain lagi... Merasai medan elektrik merupakan pengalaman yang berkesan.... Mungkin masih ingat eksperimen medan elektrik dengan bola ping-pong bersalut aquadac dan cahaya warna warni dalam tiub vakum.... Menghayati memahami sehingga terpilih membuat pameran amat membanggakan kami.... Itulah pdpc STEM.... 

Mungkinkah ada lagi pelajar sekolah hari ini merasai pengalaman itu.... Sekalung penghargaan kepada guru Fizik kami cikgu Mohd Zaid yang gigih mengajar kami.... Sehingga segulung pita detik kami habiskan... Cikgu masih senyum...... ( Nota : Habis, rosak, pecah tak pe asal ikut prosedur dan faham - itulah pegangan cikgu kami dalam aktiviti makmal yang ku genggam hingga kini....) Syukurlah kami ada guru dedikasi.... Terima kasih cikgu 


Kisah pita detik : 
http://inderaputera2020.blogspot.com/2012/10/alkisah-3-denda-yang-dikembalikan.html?m=1


Friday, December 27, 2019

GARDENIA AKRAB BORNEO




Lebih 10 tahun berlalu, setiap kali penerbangan kembali ke lokasi bertugas, aku melihat penuh di Eraman KLIA tidak lupa membeli cenderamakanan tanda kepulangan dari Tanah Malaya ke Borneo. Ku sapa.... “Bah... mahu pulang ke Borneo, jadi kamik bawa kembali untuk anak buah di kampung” ...jelasnya bila sembang sebelum pulang.

Ku perhatikan roti gardenia menjadi cendermakanan wajib kepulangan ke Borneo. Tertanya dibenak fikiran kerana ku lihat di tanah Borneo juga terdapat kilang roti gardenia dan juga di kedai runcit. “Ndak sama tu....” jelas seorang mak cik pada ku. Hingga kini setelah lebih 10 tahun ku berkhidmat di Borneo dan setiap kali kembali ke kampung tanah Malaya bercuti dan apabila kembali pulang bertugas... suasana ini masih dirasai. Keenakan rasanya juga murah serta ringan ia menjadi pilihan utama cenderamakanan dari tanah Malaya sekembalinya ke Borneo.

Akrabnya anak Borneo dengan roti gardenia yang seringkali menjadi cenderamakanan apabila pulang dari tanah Malaya. Uniknya budaya ini yang mengukuhkan ikatan kekeluargaan apabila kembalinya dari penerbangan jauh.  Ingin rasanya ku sampaikan ke pemilik gardenia agar menghargai budaya unik ini dengan melakarkan hiasan motif Borneo pada bungkusan rotinya.

Akrabnya anak Borneo dengan Gardenia lebih bererti melakarkan kenangan khas yang abadi 

Monday, December 23, 2019

e-Tunai Rakyat : eWallet tidak mesra warga desa



e-Tunai Rakyat inisiatif yang dinantikan warga yang terhimpit dengan tekanan sara hidup masa kini. Mungkin bagi warga kota eWallet menjadi rutin pengganti tunai. Logikal sepintas menunjukkan kelompok yang aktif menggunakan e-Dompet adalah generasi Kota dan generasi X yang liputan Internet 4G mantap. Rakyat ceruk desa atau yang telefon pintar biasa tidak melazimi e-dompet mahu pun e-bank mungkin bagi mereka e-Tunai lebih mesra dalam tambah nilai kad TnG.... kerana pasti mereka ke Lebuhraya untuk mencari keperluan di kota. Semoga rintihan rakyat desa boleh  didengari agar e-Tunai dapat dirasai segenap lapisan yang memerlukan meskipun mereka masih mengunakan versi tekan-tekan seumpama Nokia 3310 atau sekadar komunikasi sosial WhatsApp.... 


Monday, November 25, 2019

REFLEKSI 2019 : Antara Ikhlas - Ikhias dan Intergriti - Interpuji

Sejenak lagi 2019 meninggalkan kita. Rencah rempah kerjaya akhirnya kita lalui. Ada masa manis, pahit. masam dan pedas kita rasai umpana masakan tiga rasa. Pedas, masam namun enak hingga menjilat jari. Itulah umpana setahun perjalanan yang kita lalui. Syukur kita lalui dengan penuh keazaman, muafakat dan kejayaan yang dikongsi bersama.....

Refleksi 1 :  Ikhlas atau Ikhias 




Zaman teknologi kini amat menguji erti keikhlasan bagi kita. Keikhlasan yang tulen ibarat tangan kanan menghulur bantuan tangan kiri tidak mengetahuinya dan hanya Allah sahaja yang tahu. Tanpa mengharap pujian dari sesiapa atau tanpa mengharapkan kata pujian. Teknologi media sosial mendorong kita ‘memaklunkan’ tindakan kita seantero dunia. Mungkin tidak berniat secara langsung untuk meminta pujian namun detikan hati insan biasa akan gembira dengan “like” netizen. Sedikit sebanyak darjah keikhlasan kita akan teruji. Menempatkan diri dalam rangka foto majlis menjadi trend masa kini sebagai tindakan “melapor diri” kepada atasan. 

Inilah ujian terhebat tindakan kita zaman langit terbuka, menguji keikhlasan kita dengan cabaran “ikhias” dalam pelbagai media dan persembahan.

Refleksi 2: Intergriti atau interpuji.....


Dalam tugasan kita ada masanya integeriti diuji. Jika kita menyatakan yang benar dan fakta mungkin kita akan dihujani dengan pelbagai persoalan. Persoalan itu ada masanya akan mendedahkan kelemahan kita sendiri atau ketidakcekapan perlaksanaan. Namun ada masanya kelemahan itulah sebenarnya masalah yang perlu di atasi.... mungkin kunci pemula untuk kejayaan.

Namun dalam pertembungan ini adalah kita akan memilih integriti, kebenaran yang akan menjadikan kita sasaran atasan lalu mengubah fakta, gred dan markah yang menunjukkan kita telah meningkat dan berjaya. Sedangkan hakikatnya kejayaan itu bukan yang hakiki. Itulah seringkali kita terperangkap dengan pilihan integriti atau interpuji.


Wednesday, November 6, 2019

DIGITAL CLASSROOM : PdPc era IR 4.0 : TEKNIK LIPAT 4 DAPAT SAINS KIMIA SPM

Pendekatan Teknik Lipat 4 Dapat Sains Kimia SPM untuk pengajaran kemahiran mengeksperimen

PERKONGSIAN DI GPS BESTARI 
https://www.gpsbestari.com/mobile/berita/guru-ini-kongsi-tip-penting-apa-calon-perlu-buat-untuk-skor-a-subjek-sains-spm-1.929937




Wednesday, October 30, 2019

KUDA .....


Kuda reakreasi - kagum dengan kehebatan kuda tapi bukan penunggangnya yang mungkin hanya menurut gerakan kuda tanpa membantah 



Kuda lumba - kehebatan penunggang lebih membawa keuntungan pada manusia. Kuda seringkali jadi batu loncatan mengumpul kemasyuran dan kekayaan. Kuda akan mengikut segala arahan penunggang.



Kuda perang - kehebatan pahlawan dan kuda yang yang tangkas adalah seiringan. Pahlawan yang hebat perlu selari dengan kuda yang tangkas


Moga kita setangkas kuda perang, sejinak kuda rekreasi dan sepantas kuda lumba dalam menjalani kehidupan ini.... Asal jangan diperkudakan... 

Friday, October 18, 2019

Refleksi Guru : GIMIK dan SET INDUKSI.......

Bersama kita jana minda berfikir.......







Pelancaran suatu majlis rasmi kebiasaannya akan dihadiri oleh jemputan khas. Mesej yang disampaikan oleh ucap utama teramat penting namun seringkali hanya melintasi telinga bersama deruan angin. Penganjur akan merekacipta gimik pelancaran yang hanya untuk tempoh 05 minit sahaja. Ada masanya persediaan gimik memakan masa berminggu atau berbulan. Begitu juga kosnya ada ratusan hingga ribuan. Ketelitian pelancaran gimik amat penting dari segi kemeriahan, unsur kejutan dan aspek keselamatan. Pengabaian aspek ini menjadikan gimik menjadi suram ataupun mungkin boleh mendatangkan kemalangan jiwa kepada penonton atau pelaksana. Gimik akan menjadi kenangan terindah suatu majlis yang menjadikan ia Suatu momen yang dinantikan.  Keenakan hidangan makan malam di hotel lima bintang tidak diingati berbanding pesona gimik lima minit.....

Refleksi untuk kita guru..... 

Set induksi adalah gimik yang seharusnya menjadi pesona dalam pdpc. Keluhan sering didengar pelajar lari jiwa dan raga apabila guru masuk ke kelas..... Set induksi yang pesona memberi kesan mendalam pada pelajar akan menarik fokus kepada keseluruhan pengajaran. Mariah kita rekacipta set induksi yang akan menjadi gimik untuk menarik hati pelajar mendalami ilmu yang mungkin mendatangkan manafaat sepanjang hayat..... 

Moga set induksi kita setanding gimik......