Tuesday, February 18, 2020

REFLEKSI NOSTALGIA 25 TAHUN MENCABAR MINDA

Refleksi nostalgia 25 tahun mencabar minda. 
"Minda ku tidak akan beku di sudut kecil itu" 
Ketika mula melangkah sebagai pendidik 25 tahun lalu, tiada ruang hawa dingin, tiada capaian internet. Melihat naskah ijazah sepintas pelawaan Ketua Panitia yang banyak membimbing lalu aku ditempatkan di sudut kecil stor persediaan makmal. Tiada pembantu makmal ketika itu.... 

Pesannya hari kita guru, ijazah hanya di kertas gulungan scroll biru. Namun hakikat nanti kita lah guru, kitalah pembantu makmal dan kitalah peneraju. Berbakal jadual waktu 35 waktu 7 kelas, bermulalah perjalanan sebagai seorang guru. Akhirnya melangkah setangga demi setangga sehingga menjejak puncak meneraju cabaran. Inilah roda kehidupan ada masanya di puncak dan ketikanya di lembah. Menghayati cabaran mendidik era revolusi industri memang mencabar. Usahlah kita ketinggalan dengan ilmu pendidikan baharu.... 
Ketika itu hanya satu pegangan ku... "Minda ini tidak akan beku di sudut kecil itu". 

Dengan itu tetap tersenyum apabila anak didik menambah markahnya satu persatu hingga mereka yakin kejayaan akan dimiliki apabila guru - murid bersatu....

Sunday, February 2, 2020

STEM, PA21K dan PPSMI : Memahami isu sebenarnya dalam pembelajaran Sains...


STEM : Dasar pembelajaran Sains untuk menarik minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik untuk memenuhi keperluan masa hadapan tenaga mahir negara. 

PA21K : Budaya pendidikan abad21 yang mementingkan minat dan pembelajaran murid yang berteraskan inkuri. Ini membolehkan pelajar merasakan pembelajaran itu menyeronokkan yang bukannya hanya berteraskan peperiksaan.  Dasar STEM dan PA21 saling menyokong satu sama lain.... 

PPSMI : Isu masalah pembelajaran Sains atau menutup kegagalan pendidikan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara kita? Pelajar yang mempelajari Bahasa Inggeris dari tahun 1 hingga tingkatan lima masih menunjukkan tahap yang lemah dalam penguasaan sama ada penulisan atau pertuturan. Ini menjadikan kebolehan persaingan dan pasaran global yang lemah. Menjadikan Bahasa Inggeris medium pembelajaran Sains dan Matematik sebagai batu lonjatan untuk penguasaan Bahasa Inggeris apakah tindakan wajar. Tanggungjawab itu hendaklah seharusnya  dikembalikan kepada pendidikan Bahasa Inggeris bukannya memindahkan beban kepada yang sedia mengalas bebanan. 

Wednesday, January 22, 2020

1987 lagi cikgu kami dah pdpc STEM....

STEM : Seruan pdpc STEM menekankan pembelajaran nyata ( hand on) menjadikan pelajar lebih memahami dan menghayati. JOM... Kita berubah...


Terima kasih cikgu Fizik kami - cikgu Mohd Zaid Ismail - dah mengamalkan pdpc STEM masa belajar fizik 1987 lagi.... Benar pemahaman hingga kini. Bersama rakan sekelas Azmi Musa, Shahrul Rizal dan lain lagi... Merasai medan elektrik merupakan pengalaman yang berkesan.... Mungkin masih ingat eksperimen medan elektrik dengan bola ping-pong bersalut aquadac dan cahaya warna warni dalam tiub vakum.... Menghayati memahami sehingga terpilih membuat pameran amat membanggakan kami.... Itulah pdpc STEM.... 

Mungkinkah ada lagi pelajar sekolah hari ini merasai pengalaman itu.... Sekalung penghargaan kepada guru Fizik kami cikgu Mohd Zaid yang gigih mengajar kami.... Sehingga segulung pita detik kami habiskan... Cikgu masih senyum...... ( Nota : Habis, rosak, pecah tak pe asal ikut prosedur dan faham - itulah pegangan cikgu kami dalam aktiviti makmal yang ku genggam hingga kini....) Syukurlah kami ada guru dedikasi.... Terima kasih cikgu 


Kisah pita detik : 
http://inderaputera2020.blogspot.com/2012/10/alkisah-3-denda-yang-dikembalikan.html?m=1


Friday, December 27, 2019

GARDENIA AKRAB BORNEO




Lebih 10 tahun berlalu, setiap kali penerbangan kembali ke lokasi bertugas, aku melihat penuh di Eraman KLIA tidak lupa membeli cenderamakanan tanda kepulangan dari Tanah Malaya ke Borneo. Ku sapa.... “Bah... mahu pulang ke Borneo, jadi kamik bawa kembali untuk anak buah di kampung” ...jelasnya bila sembang sebelum pulang.

Ku perhatikan roti gardenia menjadi cendermakanan wajib kepulangan ke Borneo. Tertanya dibenak fikiran kerana ku lihat di tanah Borneo juga terdapat kilang roti gardenia dan juga di kedai runcit. “Ndak sama tu....” jelas seorang mak cik pada ku. Hingga kini setelah lebih 10 tahun ku berkhidmat di Borneo dan setiap kali kembali ke kampung tanah Malaya bercuti dan apabila kembali pulang bertugas... suasana ini masih dirasai. Keenakan rasanya juga murah serta ringan ia menjadi pilihan utama cenderamakanan dari tanah Malaya sekembalinya ke Borneo.

Akrabnya anak Borneo dengan roti gardenia yang seringkali menjadi cenderamakanan apabila pulang dari tanah Malaya. Uniknya budaya ini yang mengukuhkan ikatan kekeluargaan apabila kembalinya dari penerbangan jauh.  Ingin rasanya ku sampaikan ke pemilik gardenia agar menghargai budaya unik ini dengan melakarkan hiasan motif Borneo pada bungkusan rotinya.

Akrabnya anak Borneo dengan Gardenia lebih bererti melakarkan kenangan khas yang abadi 

Monday, December 23, 2019

e-Tunai Rakyat : eWallet tidak mesra warga desa



e-Tunai Rakyat inisiatif yang dinantikan warga yang terhimpit dengan tekanan sara hidup masa kini. Mungkin bagi warga kota eWallet menjadi rutin pengganti tunai. Logikal sepintas menunjukkan kelompok yang aktif menggunakan e-Dompet adalah generasi Kota dan generasi X yang liputan Internet 4G mantap. Rakyat ceruk desa atau yang telefon pintar biasa tidak melazimi e-dompet mahu pun e-bank mungkin bagi mereka e-Tunai lebih mesra dalam tambah nilai kad TnG.... kerana pasti mereka ke Lebuhraya untuk mencari keperluan di kota. Semoga rintihan rakyat desa boleh  didengari agar e-Tunai dapat dirasai segenap lapisan yang memerlukan meskipun mereka masih mengunakan versi tekan-tekan seumpama Nokia 3310 atau sekadar komunikasi sosial WhatsApp.... 


Monday, November 25, 2019

REFLEKSI 2019 : Antara Ikhlas - Ikhias dan Intergriti - Interpuji

Sejenak lagi 2019 meninggalkan kita. Rencah rempah kerjaya akhirnya kita lalui. Ada masa manis, pahit. masam dan pedas kita rasai umpana masakan tiga rasa. Pedas, masam namun enak hingga menjilat jari. Itulah umpana setahun perjalanan yang kita lalui. Syukur kita lalui dengan penuh keazaman, muafakat dan kejayaan yang dikongsi bersama.....

Refleksi 1 :  Ikhlas atau Ikhias 




Zaman teknologi kini amat menguji erti keikhlasan bagi kita. Keikhlasan yang tulen ibarat tangan kanan menghulur bantuan tangan kiri tidak mengetahuinya dan hanya Allah sahaja yang tahu. Tanpa mengharap pujian dari sesiapa atau tanpa mengharapkan kata pujian. Teknologi media sosial mendorong kita ‘memaklunkan’ tindakan kita seantero dunia. Mungkin tidak berniat secara langsung untuk meminta pujian namun detikan hati insan biasa akan gembira dengan “like” netizen. Sedikit sebanyak darjah keikhlasan kita akan teruji. Menempatkan diri dalam rangka foto majlis menjadi trend masa kini sebagai tindakan “melapor diri” kepada atasan. 

Inilah ujian terhebat tindakan kita zaman langit terbuka, menguji keikhlasan kita dengan cabaran “ikhias” dalam pelbagai media dan persembahan.

Refleksi 2: Intergriti atau interpuji.....


Dalam tugasan kita ada masanya integeriti diuji. Jika kita menyatakan yang benar dan fakta mungkin kita akan dihujani dengan pelbagai persoalan. Persoalan itu ada masanya akan mendedahkan kelemahan kita sendiri atau ketidakcekapan perlaksanaan. Namun ada masanya kelemahan itulah sebenarnya masalah yang perlu di atasi.... mungkin kunci pemula untuk kejayaan.

Namun dalam pertembungan ini adalah kita akan memilih integriti, kebenaran yang akan menjadikan kita sasaran atasan lalu mengubah fakta, gred dan markah yang menunjukkan kita telah meningkat dan berjaya. Sedangkan hakikatnya kejayaan itu bukan yang hakiki. Itulah seringkali kita terperangkap dengan pilihan integriti atau interpuji.


Wednesday, November 6, 2019

DIGITAL CLASSROOM : PdPc era IR 4.0 : TEKNIK LIPAT 4 DAPAT SAINS KIMIA SPM

Pendekatan Teknik Lipat 4 Dapat Sains Kimia SPM untuk pengajaran kemahiran mengeksperimen

PERKONGSIAN DI GPS BESTARI 
https://www.gpsbestari.com/mobile/berita/guru-ini-kongsi-tip-penting-apa-calon-perlu-buat-untuk-skor-a-subjek-sains-spm-1.929937