Sunday, June 22, 2025

45 HARI JEMPUTAN-NYA

Pra JemputanNya
Perjalanan 
Jejak ke rumahMu- umrah
Ketahanan cuaca 
Kekuatan Otot
Masyiar di permudahkan 
Arafah 
Mudzalifah 
3 hari di Mina
Melontar dalam diri
Menyempurnakan hajji 
Umrah 2
ETR ibadah dan AR
Tanggungjawab Selepas ini

Wednesday, January 1, 2025

... harapan pendidik 2025

https://sinarbestari.sinarharian.com.my/guru-komuniti/impian-guru-malaysia-sempena-tahun-2025

Saturday, November 23, 2024

Friday, November 22, 2024

SECEBIS PERKONGSIAN.....

https://sinarbestari.sinarharian.com.my/sekolah-menengah/80-calon-peperiksaan-sertai-intervensi-perdana-icu-spm

Friday, May 12, 2023

Guru Insani Pemangkin Generasi Madani



Terima kasih atas didikan guru 
Terima kasih atas penghargaan anak didik 
Semoga kita bersama menjadi generasi madani 

Monday, March 6, 2023

CABARAN 2023 : JIWA PENDIDIK


Cabaran  2023 untuk jiwa pendidik

…. Bukan mengharapkan anugerah namun tidak memahami justifikasi penilaian  pendidik yang berpusatkan pentadbiran … semakin banyak sumbangan semakin rendah penilaian prestasi…. 

Bermula 2019 peningkatan pencapaian dalam peringkat sekolah dengan peningkatan GPS matapelajaran melepasi badi 6.00, pelibatan dalam inovasi dan kajian tindakan dalam 2020 - 2021 sehingga dinobatkan sebagai pemenang AGI , Ikon KT Anugerah Manis PPD dan menyapu bersih Johan , Naib Johan dan Ketiga PBL STEM FIESTA , Pembinaan Modul JPN Sabah , dengan meneruskan memartabatkan pelajar mencapai Johan Negeri PBL STEM FIESTA serta meneruskan sumbangan sebagai Edufluencers Pendidikan untuk mencari langkah kecemerlangan pelajar.

Usah dijadikan pencapaian kita hanya menjadi batu loncatan pentadbir yang mengejar impiannya….”





Friday, February 17, 2023

RESTU ILMU….






 
Restu ilmu … majlis sentuhan hati terakhir buat anak-anak didik yang menghadapi peperiksaaan . Menghayati dari dua prespektif yang berbeza menberikan kesan yang berbeza. Ketika kita pada awal kerjaya melihat sayup dari bawah merasai betapa hati pelajar yang menunggu saat itu. Ketika berada di atas pentas merenung anak anak didik , terasa mereka mengharapkan restu itu tetapi jauh mencapainya. Ketika ini dari persepktif bersama anak anak yang nakal ternyata mereka tetap mengharapkan doa penuh hormat. Semoga terus berjaya menjadi insan yang mulia dan mengenang jasa guru sepanjang zaman 

Saturday, October 1, 2022

FORENSIC

https://sinarbestari.sinarharian.com.my/gen-z/inovasi/projek-perkasa-stem-guru-kimia-lahirkan-ahli-paleontologi-muda-cari-fosil-haiwan-purba/

Sunday, April 3, 2022

MELANGKAH KE HADAPAN




Setelah dua tahun berlalu , sesi persekolahan secara dalam talian penuh dengan rintangan. Alhamdulillah dengan kecekalan mengharungi cabaran Covid19… kini April 2022 memberikan seribu harapan buat pelajar yang dahagakan ilmu. Kesyukuran ini juga disambut oleh guru yang terlalu lama menanti untuk menurunkan segala ilmu kepada anak didiknya. Halangan pembelajaran dalam talian memberikan semangat baharu kepada pelajar. Pelajaran bersemuka yang dinantikan memberi seribu harapan untuk semua

Monday, February 28, 2022

Jiwa GAB bukan bererti Guru Akan Berehat …..


Polemik jawatan seringkali dikaitan dengan semangat guru untuk melaksanakan tugas mendidik dengan gigih. Pendidik yang asalnya dari guru biasa melangkah kepada jawatan guru Cemerlang , guru kanan , guru penolong kanan dan Pengetua seringkali dianggap seorang pendidik yang berjaya dan bersemangat tinggi. Namun demikian sebahagian besar pendidik ada yang memilih kekal sebagai guru akademik biasa biarpun dari gred dg41 hingga dg54. Mungkin ada antara mereka yang sebelum ini dalam gred berjawatan tetapi memilih untuk menjadi guru akademik biasa kerana kecintaan dalam mendidik selain tugas pentadbiran.





Berpegang pada prinsip berusaha cemerlang walaupun bukan guru Cemerlang menjadikan seorang pendidik ini tidak berfikir untuk berehat walaupun setelah melepaskan jawatan pentadbiran tetapi bergerak mara terus sebagai guru akademik biasa. Selaras dengan intipati slogan saranannya Permata Di Gerbang Selatan , guru dari SMK Kinarut ini walaupun telah melepaskan jawatan penolong kanan pada 2019 tetapi terus mara mencari peluang dan ruang sebagai guru akademik biasa Demi kecemerlangan anak didiknya. 
Mula melangkah dalam bidang akademik dengan Inovasi teknik Lipat 4 Dapat Sains Kimia SPM telah membawa guru ini sebagai Guru Inovasi Peringkat Negeri Sabah 2021. Selain menjadi mentor kepada 3 orang rakan sejawat sehingga kan berjaya meraih  Anugerah Guru Ikon Kajian Tindakan ( Wan Nadia ) dan Anugerah Ikon Guru Inovasi Papar ( Farahiyah dan Sharen Memyln ).




Selain dari pada itu dalam kegawatan persediaan Peperiksaan Bersepadu Amali Sains SPM , kebanyakan sekolah tercari cari rentak dalam kegusaran peperiksaan amali era pendemik. Guru inj berjaya membantu bidang Sains Matematik SMk Kinarut untuk melaksankan simulasi amali Sains SPM Bersepadu sebanyak 3 kali untuk memantapkan persediaan pelajar. Selain itu menjadi mentor pengubal Modul Amali Sains JPN Sabah untuk pemantapan amali Sains SPM 



Dengan semangat untuk terus memberi ruang kecemerlangan pelajar, guru ini terus melangkah dengan pelajarnya meraikan bersih Johan ( Safwanah Herman )  , Naib Johan ( Nur Nadrah Natasya Kadir )  dan tempat ke tiga ( Nur Farya ) dalam Pertandingan PBL STEM FIESTA Peringkat Daerah Papar pada 2021.









Dengan langkah yang berpaksikan kecemerlangan pelajar , maka seharusnya GAB ini menjadi rakan strategic ke pimpinan sekolah untuk menjadi mentor ke arah kecemerlangan. Ini menolak keras tanggapan sesetengah pihak yang beranggapan GAB terutama yang bergred tinggi sebagai guru yang berprestasi lemah sebaliknya seharusnya menjadikan rakan sinergi yang boleh dikongsi pengalaman biarpun tidak dijulang dengan jawatan atasan. Berpeganglah pada prinsip bahawa GAB bukanlah bermakna Guru Akan Berehat……..inilah pandangan tulus dari En NORAZRI MAT PIAH Mantan PK SMK Kinarut yang kini menjawat status GAB yang bercita untuk terus mendidik permata di Gerbang Selatan 





Sunday, February 27, 2022

JAGALAH PERMATA SMK KINARUT


Gilaplah sinaran Permata Di Gerbang Selatan….

 

Melangkah dalam cabaran mendidik bermula sebagai guru biasa hinggalah mendaki cabaran pentadbiran memberikan kesan mendalam. Mungkin pada awalnya menjadi penolong kanan HEM terasa terlalu berat dengan bebanan untuk melentur lebih 2500 pelajar. Kepahitan pada awalnya berhadapan dengan gelagat remaja yang seringkali mencari penyelesaian dengan pergaduhan serta dominasi pencapaian rendah yang dikaitkan dengan sosioekonomi.

 

Namun demikian setelah 15 tahun berlalu… benih kejayaan mula berhasil. Kenakalan semakin berkurangan jejak cemerlang mula dirintis. Bagaikan awan gelap yang menyelubungi minda pelajar yang selama ini dilabelkan lemah, kurang berdaya saing dan presepsi sosioekonomi yang dibayangi sosiobangsa bagaikan berakhir. Garapan slogan Permata Di Gerbang Selatan dapat menyentuh hati untuk merungkai kecemerlangan. Satu demi satu butiran permata kini bersinar menunjukkan gemerlapan bintang A, A+ dan semua A disebalik awan gelap yang berlalu. Syukur rungkaian kecemerlangan merentasi jiwa pelajar mahupun guru sehingga bersinar peringkat daerah, negeri , kebangsaan bahkan antarabangsa.

 

Sinar kejayaan ini telah membuktikan bahawa persepsi pelajar sosioekonomi rendah dengan sosiobudaya penempatan mampu mencapai kecemerlangan asalkan berjaya mengikis lumpur hitam dengan kegigihan. Namun umpama pengukir permata sesekali tangannya terguris namun hatinya terasa puas melihat gemerlapan sinaran permata ukirannya di jemari insan ternama. 

 

Dengan pesanan ketika serahtugas terakhir… pelihara dan jagalah permata di gerbang selatan ini selamanya 

 

InderaPutera AZRi

16 Mei 2019

Wednesday, December 1, 2021

USAHA dan YAKIN BOLEH

JDT tewas kepada KL City 
Selama ini menganggap JDT terlalu ampuh untuk ditewaskan tetapi usaha gigih membuktikan KL City mampu menundukkannya. 

Refleksi untuk pelajar yang menganggap matematik tambahan terlalu sukar sebenarnya dengan usaha gigih ianya mampu dikuasai dengan latihan berterusan.

Tuesday, June 8, 2021

e-SUKAN atau e-PERMAINAN

su.kan] |  Ø³ÙˆÚ©Ù†

e-Sukan atau e-Permainan ?
Merujuk secara ringkas Kamus Dewan Edisi ke-4, satu kesimpulan yang boleh dirumuskan ialah sukan adalah kegiatan yang melibatkan aktiviti, kemahiran dan tenaga. Secara amnya ia melibatkan pembakaran kalori atau erti mudah mengeluarkan peluh. Lantaran itu sukan seringkali dikaitkan dengan kecergasan dan kesihatan. 

Penggunaan istilah e-sukan ( dalam Bahasa Inggeris e-sport ) yang merujuk kepada permainan elektronik yang popular masa kini adalah kurang tepat. Tidak ada unsur pembakaran kalori dalam kegiatan itu, penggunaan istilah e-sukan seharusnya diganti dengan e-permainan. Mengapa penggunaan istilah e-sukan digunakan adalah bertujuan untuk menampakkan unsur positif permainan tersebut kerana istilah permainan seringkali menunjukkan aktiviti yang melekakan. Permainan elektronik yang popular seharusnya merujuk kepada e-permainan bukannya e-sukan.

Rujukan:

su.kan] |  Ø³ÙˆÚ©Ù†



Definisi : I segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; bersukan melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Andy sering mengajaknya ~ di kawasan itu; kesukanan perihal sukan: semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

per.mai.nan] |  Ú¤Ø±Ù…اءينن

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan ber­main (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadi­kan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (me­makai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Sunday, April 25, 2021

MEMARTABATKAN BAHASA KITA....

Bahasa Jiwa Bangsa.....
Ungkapan ini masih segar diingatkan biarpun telah bertahun berlalu. Namun perjalanan masa yang menghakis perkembangan bahasa kita seringkali melunturkan jati diri. Selalu kita terpandang kenyataan tertulis " Sila reverse parking kereta anda" yang semanisnya ditulis " Sila letak kereta secara mengundur".  

SISWAZAH......

Tersentak jiwa ku seketika. Dalam kesunyian menjaga peperiksaaan kertas Bahasa Melayu sambil mengamati lukisan dinding ke PSS yang indah. Seorang pelajar bingkas cemas bertanya : 
“Siswazah tu apa cikgu ? “. Lantas bertanya kembali..... pernahkah anda melawati UMS untuk memberi idea kepada pelajar itu. Pernah katanya.... tapi masa Tamu Gadang dulu beli makanan, jualan dan permainan dalam talian. “Siswazah tu orang yang berjualan di Tamu Gadang tulah kan?” Lalu saya diam sebentar? Akhirnya saya menyuruhnya kembali ke meja ujian dan baca petikan dengan baik serta dengan doa semoga pelajar ini menjadi siswazah yang tidak menganggur...

Saturday, March 20, 2021

Dairi Coretan : Ilmu dari Covid-19 :Produk dan Promoter :

Ilmu dari  Covid-19 : Produk dan Promoter
Lama tidak berkesempatan berkunjung ke pameran perniagaan sepanjang pendemik Covid-19. Peluang berkunjung menyakitkan lanskap perniagaan berbeza, penjualan sanitizer, topeng muka ( mask) dan perisai muka ( face shield) merupakan lanskap perniagaan baharu. Seorang promoter gigih menunjukkan produk sanitizer mudah alih DC yang tahan 50 hari dan berkesan melindungi hingga 16m perimeter terutama tempat awam dan juga disokong dengan FDA. Rasa kagum dengan keberkesanan ditambah zaman Covid-19 kita lebih merasa diperlukan. Dengan harga yang ditawarkan memang terpanggil membelinya. Tiba terlintas saya bertanya... " sekarang di kawasan awam dan jika berkesan mengapa anda tidak memakainya." dengan tersipu promoter itu beredar mengambil produk Lalu memakainya. Namun sebagai pengguna keyakinan untuk membeli semakin pudar. 
Lanskap perniagaan berubah namu gaya promosi tidak berubah, penjual mungkin bukannya pengguna yang membuktikan keberkesanan. 

Sunday, December 20, 2020

CORETAN ULANGTAHUN COVID-19.......


19.12.2019 - 19.12.2020 Ulangtahun Covid-19
Genap setahun pendemik Covid-19 menyapa dunia. Virus seni itu masih belum difahami... Ketika pertama melanda dunia - panik, menggerunkan hingga seolah - olah terhenti kehidupan. Ketika itu kehidupan menjadi semakin jauh.... Penjarakkan.... Dunia yang dulunya kecil dengan kecanggihan teknologi terperangkap dalam skrin kaca untuk perhubungan. Tidak mengira kaum, agama, budaya, negara, miskin semuanya terbelenggu dengan Covid-19. Namun perlumbaan vaksin  menjadikan sinar cahaya atau cengkaman belum pasti...... Apapun kita dalam Covid-19 ini bersama kita kembali padaNya kerana pengajaran dirasai semua aktiviti agama terbatas... Inilah sebenar ujian Covid-19 menguji keimanan pada Nya dan kekuasaanNya tanpa kita manusia berusaha dengan akal kurniaanNya 

Wednesday, October 28, 2020

PENDERITAAN SEEKOR TIKUS YANG MATI





Tikus bintang kecil yang sinonim dengan kotoran dan wabak penyakit. Ia menjadi kebencian dalam kehidupan. Zaman berubah dengan pengenalan baharu ia menjadi haiwan peliharaan di rumah, spesies berbeza tapi dari keluarga tikus juga. Idola “hamster and Mickey Mouse “ tikus peneman. 

Bagi seorang petani pemergian seekor tikus petanda musim padi yang menjadi bakal melimpahkan laba. Petanda kebersihan bagi sesebuah restoran atau pasar dengan tiadanya tikus. Begitulah kematian seekor tikus putih mungkin membawa sinar ilmu perubatan. Siswa menjalankan pembedahan tikus untuk mendalami ilmu sains. Ujian ubatan , vaksin sering menjadikan seekor tikus untuk kemajuan industri farmasi. 





Adakalanya penderitaan seekor tikus yang mati memberikan sinar untuk kehidupan manusia....

Wednesday, May 27, 2020

BALAK : KEKAYAAN MUDAH TANPA INOVASI EKONOMI ALAF BAHARU


Jika kita menanam sayur, jagung mahu pun ubi kayu kita perlu menunggu sekurangnya satu hingga tiga bulan untuk mendapat hasilnya. Begitu juga jika kita melaksanakan perniagaan kecilan, mungkin kita memerlukan tiga atau enam bulan untuk mengaut keuntungan bersih. Petani yang menanam padi memerlukan semusim untuk menjana hasil. Namun pembalakan adalah sumber penjanaan ekonomi yang mudah kerana telah tersedia untuk ditebang dan dijana hasilnya. Oleh yang demikian bagi mereka yang bertindak pantas itulah sumber penjanaan ekonomi paling efektif. Maka dengan ini banyak ke hutan sebagai sumber ekonomi. Ia pantas berbanding menarik pelabur membina kilang kerana pelabur sekurang-kurangnya memerlukan setahun untuk menjualkan produk bagi mendapat keuntungan. Mungkin mereka yang menjadi pembalakan sebagai sumber ekonomi pantas.... Kurang inovatif dalam menjana idea baharu untuk menjana ekonomi alaf baharu... 

Friday, March 13, 2020

IMPIAN A+ : BUKAN HANYA SEKOLAH ELIT.... HARIAN LUAR BANDAR PUN MAMPU......

IMPIAN A+ :
BUKAN HANYA SEKOLAH ELIT.... SEKOLAH HARIAN PUN MAMPU

En. Norazri Mat Piah ( baju biru) bersama En. ZAMHARIR HJ AHMAD PENGETUA SMK KINARUT ( tengah berdiri) bersama pelajar cemerlang SPM 2019 dengan A+ KIMIA
Bersama pelajar cemerlang 9A SPM 2018 Sdri Zulhalim dengan A+ KIMIA anak nelayan yang hanya mendapat sumber pendidikan di sekolah, latar keluarga sederhana tidak berpeluang untuk kelas tuisyen swasta dan pendidikan MAYA

Keputusan SPM 2019 telah berlalu.... Lazimnya seperti tahun lepas paparan pelajar cemerlang semua A dan pencapaian A+ menjadi kepuasan segenap lapisan pendidik dan juga pelajar serta ibu bapanya. Melazimi budaya kecemerlangan sekolah pilihan seperti SBP, MRSM, SMKA dan MAKTAB serta Kolej terpilih terus menjulang kecemerlangan. Bagi mereka pencapaian semua A dan A+ adalah kebiasaan, mungkin sinergi guru - pelajar - ibu bapa yang mantap. Bagi guru bertaraf guru cemerlang dan pemeriksa kertas ia juga kelaziman kerana rahsia dimiliki mereka.

Bagaimana pula pendidik sekolah luar bandar sekolah harian yang pelajarnya yang terpilih telah berpindah ke sekolah pilihan. Bagi mereka sisa pelajar dengan kebanyakannya nilai mula C, D, E juga F..... Adakah mereka juga mampu melakar semua A dan A+.  Bagi guru yang terpilih mengajar di sekolah harian begini..... Adakah mereka tidak berusaha, gigih.... berketrampilan sebagai pendidik. Jika 20 tahun direzeki bertugas mendidik sekolah harian dengan pelajar bukan pilihan..... Adakah cukup sekadar pencapaian 100% menjadi kepuasan atau hanya melihat rakannya di sekolah lain yang bercerita kejayaan semua A dan pencapaian A+. 

Yakinlah... Impian A+ juga mampu bagi pelajar dan pendidik sekolah harian. Mungkin menghasilkan hanya seorang dua pelajar semua A dan seorang dua pencapaian A+ bagi mata pelajarannya akan menjadi kenangan indah sepanjang kerjaya dan menjadi azimat untuk terus gigih menghasilkan kecemerlangan. Di sini ingin berkongsi bersama rakan Pendidik, berkongsi pengalaman sebagai guru Kimia SPM lebih 10 tahun di sekolah harian luar bandar menghasilkan pelajar cemerlang semua A (9A) dan paling manis melakarkan jejak rintis pelajarnya mencapai A+ dan A dalam subjek Kimia SPM dua tahun berturut-turut.  Sentiasa tambah ilmu dan beri keyakinan kepada pelajar antara tips yang diamalkan. Kongsi tips impian A+ sekolah harian biasa bersama cikgu NORAZRI MAT PIAH yang dikenali InderaPutera AZRi perintis Teknik Lipat 4 Dapat KIMIA SAINS SPM. 

1. TAMBAH ILMU GURU 
Berkongsi dan mendalami ilmu untuk melahirkan pdpc yang lebih baik amat penting. Perkembangan arus pendidikan menjadikan guru perlu lebih terbuka dan menilai kualiti diri. Inilah yang perlu dilaksanakan selaku guru yang telah berkhidmat lebih 20 tahun.... Mempelajari dari guru lebih muda aspek pdpc digital, PA21K, inovasi pendidikan amat membantu untuk menarik pelajar yang lebih cenderung IT. Bersyukur kerana mengenali ikon Digital Classroom cikgu Aman dan ikon PA21K cikhu Hailmi yang sedia berinteraksi walaupun melalui platform maya membolehkan mempelajari Teknik pdpc terkini. "Orang lama juga tak mahu ketinggalan...." itulah prinsip cikgu AZRI. Selain itu mencari ilmu dari guru cemerlang yang lebih berpengalaman tanpa mengira muda atau guru lebih berpengalaman. Amalan ini akan lebih memberi keyakinan bagi guru dari era lama menghadapi cabaran semasa. 

2. CARI POTENSI DARI AWAL 
Usah tunggu pelajar di tingkatan 5 baru mencari bakat potensi pelajar. Dengan usaha kecil memberikan ganjaran ringkas kepada pelajar dari tingkatan 1 lagi apabila pelajar mencapai gred cemerlang dalam Sains yang mencapai markah 90 ke atas. adalah salah satu tips untuk melahirkan pelajar A+.  Ganjaran kecil yang disampaikan secara mengejut ke kelas memberikan cabaran dan pelajar menjadi teruja untuk cemerlang. 

Pelajar potensi cemerlang diraikan bersama semua guru Sains 

3. BERI DORONGAN DAN GANJARAN KEYAKINAN 
Berpegang kepada prinsip semua pelajar berpotensi untuk cemerlang. Ganjaran penghargaan akan dapat memberi pelajar lebih yakin untuk berjaya. Tanamkan cabaran keinginan mencipta rekod diri, keluarga, sekolah, kampung dan sebagainya akan mendorong pelajar cemerlang. Guru kongsi analisa 5 tahun untuk memberi ruang dan dorongan ini. 

Penyertaan dalam Kuiz KIMIA KEBANGSAAN 2019 membuka ruang persaingan. Pelajar berpencapaian merit dihargai 

4. RANCANGAN PERSAINGAN 
Pelajar hendaklah diberi peluang bersaing dan menunjukkan kehebatan dalam persaingan untuk melonjakkan kecemerlangan. Selain persaingan dalam kelas, penyertaan dalam pertandingan peringkat kebangsaan dapat membantu guru menyediakan ruang pelajar bersaing. Bagi pelajar luar bandar pendedahan kepada Kuiz Kimia Kebangsaan telah terbukti mereka mampu bersaing dengan berkongsi pencapaian dengan rakan sekolah lain. 

5. LATIHAN MERENTAS NEGERI 
Masa kini perkongsian bahan lebih mudah berbanding 20 tahun lalu. Penyertaan guru dalam kumpulan maya seperti Telegram Guru Kimia dan Sains memudahkan mendapat bahan dan latihan merentas negeri. Jika 10 tahun lalu, saya meminta rakan guru SBP, MRSM, SMKA dari zon Utara, timur, Selatan, tengah, Sabah dan Sarawak menghantar soalan peperiksaan pertengahan dan percubaan untuk diladikan latihan pengukuhan. Kini lebih mudah dengan adanya teknologi maklumat. Pelajar akan rasa tercabar dan yakin diri apabila mampu menjawab soalan tersebut... Dengan ini mereka juga yakin mampu mencapai A. 

6. PEMANTAPAN JAWAPAN JITU
Teknik menjawab soalan peperiksaan yang lebih tepat dan JITU amat penting untuk mencapai gred cemerlang. Ceramah Teknik Menjawab yang dilaksanakan dalam tempoh 2 Jam tidak mencukupi. Dengan ini guru perlu mengambil pendekatan setiap ujian dan peperiksaan dalaman seperti peperiksaan sebenar. Guru perlu saling berhubung dengan rakan yang berpengalaman. Usahlah guru malu meminta nasihat rakan menyemak silang kertas peperiksaan, sekarang mudah boleh 'scan' dan minta bantuan rakan. Usahlah rasa belas kasihan dalam permarkahan tetapi dorongan berterusan untuk pelajar dapat memperbaiki kelemahan yang perlu diperbaiki. 

7. PANTAU MEDIA SOSIAL 
Pembelajaran MAYA boleh membantu pencapaian pelajar bagi meningkat persaingan melalui pelbagai platform Google Classroom, Telegram, WhatsApp, Quizzes, Kahoot dan semacam seumpamanya. Kumpulan perbincangan kelas bersama guru mungkin membantu. Namun AWAS.... Jika kelekaan dalam media sosial akan memberikan kesan sebaliknya. Andaikata setiap 5 minit pelajar kemaskini status di media sosial ia menganggu fokus persediaan terutama 3 Bulan terakhir. Jika kita dapat memberi teguran langsung syukurlah sebab pelajar adakalanya lebih bijak dari guru untuk "unseen". Kebanyakan pelajar cemerlang menjauhi dari terperangkap di alam maya. 

Adalah mengharapkan perkongsian ini dapat memberikan semangat untuk kita sama sama mencipta kecemerlangan biarpun berjuang bersama pelajar biasa biasa tapi mampu kejayaan luar biasa.... 

NORAZRI MAT PIAH 
InderaPutera AZRi 
SMK KINARUT 89608 PAPAR SABAH 
Guru AKADEMIK Kimia 1994 - 2020