Wednesday, December 1, 2021

USAHA dan YAKIN BOLEH

JDT tewas kepada KL City 
Selama ini menganggap JDT terlalu ampuh untuk ditewaskan tetapi usaha gigih membuktikan KL City mampu menundukkannya. 

Refleksi untuk pelajar yang menganggap matematik tambahan terlalu sukar sebenarnya dengan usaha gigih ianya mampu dikuasai dengan latihan berterusan.

Tuesday, June 8, 2021

e-SUKAN atau e-PERMAINAN

su.kan] |  سوکن

e-Sukan atau e-Permainan ?
Merujuk secara ringkas Kamus Dewan Edisi ke-4, satu kesimpulan yang boleh dirumuskan ialah sukan adalah kegiatan yang melibatkan aktiviti, kemahiran dan tenaga. Secara amnya ia melibatkan pembakaran kalori atau erti mudah mengeluarkan peluh. Lantaran itu sukan seringkali dikaitkan dengan kecergasan dan kesihatan. 

Penggunaan istilah e-sukan ( dalam Bahasa Inggeris e-sport ) yang merujuk kepada permainan elektronik yang popular masa kini adalah kurang tepat. Tidak ada unsur pembakaran kalori dalam kegiatan itu, penggunaan istilah e-sukan seharusnya diganti dengan e-permainan. Mengapa penggunaan istilah e-sukan digunakan adalah bertujuan untuk menampakkan unsur positif permainan tersebut kerana istilah permainan seringkali menunjukkan aktiviti yang melekakan. Permainan elektronik yang popular seharusnya merujuk kepada e-permainan bukannya e-sukan.

Rujukan:

su.kan] |  سوکن



Definisi : I segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; bersukan melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Andy sering mengajaknya ~ di kawasan itu; kesukanan perihal sukan: semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

per.mai.nan] |  ڤرماءينن

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan ber­main (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadi­kan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (me­makai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Sunday, April 25, 2021

MEMARTABATKAN BAHASA KITA....

Bahasa Jiwa Bangsa.....
Ungkapan ini masih segar diingatkan biarpun telah bertahun berlalu. Namun perjalanan masa yang menghakis perkembangan bahasa kita seringkali melunturkan jati diri. Selalu kita terpandang kenyataan tertulis " Sila reverse parking kereta anda" yang semanisnya ditulis " Sila letak kereta secara mengundur".  

SISWAZAH......

Tersentak jiwa ku seketika. Dalam kesunyian menjaga peperiksaaan kertas Bahasa Melayu sambil mengamati lukisan dinding ke PSS yang indah. Seorang pelajar bingkas cemas bertanya : 
“Siswazah tu apa cikgu ? “. Lantas bertanya kembali..... pernahkah anda melawati UMS untuk memberi idea kepada pelajar itu. Pernah katanya.... tapi masa Tamu Gadang dulu beli makanan, jualan dan permainan dalam talian. “Siswazah tu orang yang berjualan di Tamu Gadang tulah kan?” Lalu saya diam sebentar? Akhirnya saya menyuruhnya kembali ke meja ujian dan baca petikan dengan baik serta dengan doa semoga pelajar ini menjadi siswazah yang tidak menganggur...

Saturday, March 20, 2021

Dairi Coretan : Ilmu dari Covid-19 :Produk dan Promoter :

Ilmu dari  Covid-19 : Produk dan Promoter
Lama tidak berkesempatan berkunjung ke pameran perniagaan sepanjang pendemik Covid-19. Peluang berkunjung menyakitkan lanskap perniagaan berbeza, penjualan sanitizer, topeng muka ( mask) dan perisai muka ( face shield) merupakan lanskap perniagaan baharu. Seorang promoter gigih menunjukkan produk sanitizer mudah alih DC yang tahan 50 hari dan berkesan melindungi hingga 16m perimeter terutama tempat awam dan juga disokong dengan FDA. Rasa kagum dengan keberkesanan ditambah zaman Covid-19 kita lebih merasa diperlukan. Dengan harga yang ditawarkan memang terpanggil membelinya. Tiba terlintas saya bertanya... " sekarang di kawasan awam dan jika berkesan mengapa anda tidak memakainya." dengan tersipu promoter itu beredar mengambil produk Lalu memakainya. Namun sebagai pengguna keyakinan untuk membeli semakin pudar. 
Lanskap perniagaan berubah namu gaya promosi tidak berubah, penjual mungkin bukannya pengguna yang membuktikan keberkesanan.