Sunday, December 20, 2020

CORETAN ULANGTAHUN COVID-19.......


19.12.2019 - 19.12.2020 Ulangtahun Covid-19
Genap setahun pendemik Covid-19 menyapa dunia. Virus seni itu masih belum difahami... Ketika pertama melanda dunia - panik, menggerunkan hingga seolah - olah terhenti kehidupan. Ketika itu kehidupan menjadi semakin jauh.... Penjarakkan.... Dunia yang dulunya kecil dengan kecanggihan teknologi terperangkap dalam skrin kaca untuk perhubungan. Tidak mengira kaum, agama, budaya, negara, miskin semuanya terbelenggu dengan Covid-19. Namun perlumbaan vaksin  menjadikan sinar cahaya atau cengkaman belum pasti...... Apapun kita dalam Covid-19 ini bersama kita kembali padaNya kerana pengajaran dirasai semua aktiviti agama terbatas... Inilah sebenar ujian Covid-19 menguji keimanan pada Nya dan kekuasaanNya tanpa kita manusia berusaha dengan akal kurniaanNya 

Wednesday, October 28, 2020

PENDERITAAN SEEKOR TIKUS YANG MATI





Tikus bintang kecil yang sinonim dengan kotoran dan wabak penyakit. Ia menjadi kebencian dalam kehidupan. Zaman berubah dengan pengenalan baharu ia menjadi haiwan peliharaan di rumah, spesies berbeza tapi dari keluarga tikus juga. Idola “hamster and Mickey Mouse “ tikus peneman. 

Bagi seorang petani pemergian seekor tikus petanda musim padi yang menjadi bakal melimpahkan laba. Petanda kebersihan bagi sesebuah restoran atau pasar dengan tiadanya tikus. Begitulah kematian seekor tikus putih mungkin membawa sinar ilmu perubatan. Siswa menjalankan pembedahan tikus untuk mendalami ilmu sains. Ujian ubatan , vaksin sering menjadikan seekor tikus untuk kemajuan industri farmasi. 





Adakalanya penderitaan seekor tikus yang mati memberikan sinar untuk kehidupan manusia....

Wednesday, May 27, 2020

BALAK : KEKAYAAN MUDAH TANPA INOVASI EKONOMI ALAF BAHARU


Jika kita menanam sayur, jagung mahu pun ubi kayu kita perlu menunggu sekurangnya satu hingga tiga bulan untuk mendapat hasilnya. Begitu juga jika kita melaksanakan perniagaan kecilan, mungkin kita memerlukan tiga atau enam bulan untuk mengaut keuntungan bersih. Petani yang menanam padi memerlukan semusim untuk menjana hasil. Namun pembalakan adalah sumber penjanaan ekonomi yang mudah kerana telah tersedia untuk ditebang dan dijana hasilnya. Oleh yang demikian bagi mereka yang bertindak pantas itulah sumber penjanaan ekonomi paling efektif. Maka dengan ini banyak ke hutan sebagai sumber ekonomi. Ia pantas berbanding menarik pelabur membina kilang kerana pelabur sekurang-kurangnya memerlukan setahun untuk menjualkan produk bagi mendapat keuntungan. Mungkin mereka yang menjadi pembalakan sebagai sumber ekonomi pantas.... Kurang inovatif dalam menjana idea baharu untuk menjana ekonomi alaf baharu... 

Friday, March 13, 2020

IMPIAN A+ : BUKAN HANYA SEKOLAH ELIT.... HARIAN LUAR BANDAR PUN MAMPU......

IMPIAN A+ :
BUKAN HANYA SEKOLAH ELIT.... SEKOLAH HARIAN PUN MAMPU

En. Norazri Mat Piah ( baju biru) bersama En. ZAMHARIR HJ AHMAD PENGETUA SMK KINARUT ( tengah berdiri) bersama pelajar cemerlang SPM 2019 dengan A+ KIMIA
Bersama pelajar cemerlang 9A SPM 2018 Sdri Zulhalim dengan A+ KIMIA anak nelayan yang hanya mendapat sumber pendidikan di sekolah, latar keluarga sederhana tidak berpeluang untuk kelas tuisyen swasta dan pendidikan MAYA

Keputusan SPM 2019 telah berlalu.... Lazimnya seperti tahun lepas paparan pelajar cemerlang semua A dan pencapaian A+ menjadi kepuasan segenap lapisan pendidik dan juga pelajar serta ibu bapanya. Melazimi budaya kecemerlangan sekolah pilihan seperti SBP, MRSM, SMKA dan MAKTAB serta Kolej terpilih terus menjulang kecemerlangan. Bagi mereka pencapaian semua A dan A+ adalah kebiasaan, mungkin sinergi guru - pelajar - ibu bapa yang mantap. Bagi guru bertaraf guru cemerlang dan pemeriksa kertas ia juga kelaziman kerana rahsia dimiliki mereka.

Bagaimana pula pendidik sekolah luar bandar sekolah harian yang pelajarnya yang terpilih telah berpindah ke sekolah pilihan. Bagi mereka sisa pelajar dengan kebanyakannya nilai mula C, D, E juga F..... Adakah mereka juga mampu melakar semua A dan A+.  Bagi guru yang terpilih mengajar di sekolah harian begini..... Adakah mereka tidak berusaha, gigih.... berketrampilan sebagai pendidik. Jika 20 tahun direzeki bertugas mendidik sekolah harian dengan pelajar bukan pilihan..... Adakah cukup sekadar pencapaian 100% menjadi kepuasan atau hanya melihat rakannya di sekolah lain yang bercerita kejayaan semua A dan pencapaian A+. 

Yakinlah... Impian A+ juga mampu bagi pelajar dan pendidik sekolah harian. Mungkin menghasilkan hanya seorang dua pelajar semua A dan seorang dua pencapaian A+ bagi mata pelajarannya akan menjadi kenangan indah sepanjang kerjaya dan menjadi azimat untuk terus gigih menghasilkan kecemerlangan. Di sini ingin berkongsi bersama rakan Pendidik, berkongsi pengalaman sebagai guru Kimia SPM lebih 10 tahun di sekolah harian luar bandar menghasilkan pelajar cemerlang semua A (9A) dan paling manis melakarkan jejak rintis pelajarnya mencapai A+ dan A dalam subjek Kimia SPM dua tahun berturut-turut.  Sentiasa tambah ilmu dan beri keyakinan kepada pelajar antara tips yang diamalkan. Kongsi tips impian A+ sekolah harian biasa bersama cikgu NORAZRI MAT PIAH yang dikenali InderaPutera AZRi perintis Teknik Lipat 4 Dapat KIMIA SAINS SPM. 

1. TAMBAH ILMU GURU 
Berkongsi dan mendalami ilmu untuk melahirkan pdpc yang lebih baik amat penting. Perkembangan arus pendidikan menjadikan guru perlu lebih terbuka dan menilai kualiti diri. Inilah yang perlu dilaksanakan selaku guru yang telah berkhidmat lebih 20 tahun.... Mempelajari dari guru lebih muda aspek pdpc digital, PA21K, inovasi pendidikan amat membantu untuk menarik pelajar yang lebih cenderung IT. Bersyukur kerana mengenali ikon Digital Classroom cikgu Aman dan ikon PA21K cikhu Hailmi yang sedia berinteraksi walaupun melalui platform maya membolehkan mempelajari Teknik pdpc terkini. "Orang lama juga tak mahu ketinggalan...." itulah prinsip cikgu AZRI. Selain itu mencari ilmu dari guru cemerlang yang lebih berpengalaman tanpa mengira muda atau guru lebih berpengalaman. Amalan ini akan lebih memberi keyakinan bagi guru dari era lama menghadapi cabaran semasa. 

2. CARI POTENSI DARI AWAL 
Usah tunggu pelajar di tingkatan 5 baru mencari bakat potensi pelajar. Dengan usaha kecil memberikan ganjaran ringkas kepada pelajar dari tingkatan 1 lagi apabila pelajar mencapai gred cemerlang dalam Sains yang mencapai markah 90 ke atas. adalah salah satu tips untuk melahirkan pelajar A+.  Ganjaran kecil yang disampaikan secara mengejut ke kelas memberikan cabaran dan pelajar menjadi teruja untuk cemerlang. 

Pelajar potensi cemerlang diraikan bersama semua guru Sains 

3. BERI DORONGAN DAN GANJARAN KEYAKINAN 
Berpegang kepada prinsip semua pelajar berpotensi untuk cemerlang. Ganjaran penghargaan akan dapat memberi pelajar lebih yakin untuk berjaya. Tanamkan cabaran keinginan mencipta rekod diri, keluarga, sekolah, kampung dan sebagainya akan mendorong pelajar cemerlang. Guru kongsi analisa 5 tahun untuk memberi ruang dan dorongan ini. 

Penyertaan dalam Kuiz KIMIA KEBANGSAAN 2019 membuka ruang persaingan. Pelajar berpencapaian merit dihargai 

4. RANCANGAN PERSAINGAN 
Pelajar hendaklah diberi peluang bersaing dan menunjukkan kehebatan dalam persaingan untuk melonjakkan kecemerlangan. Selain persaingan dalam kelas, penyertaan dalam pertandingan peringkat kebangsaan dapat membantu guru menyediakan ruang pelajar bersaing. Bagi pelajar luar bandar pendedahan kepada Kuiz Kimia Kebangsaan telah terbukti mereka mampu bersaing dengan berkongsi pencapaian dengan rakan sekolah lain. 

5. LATIHAN MERENTAS NEGERI 
Masa kini perkongsian bahan lebih mudah berbanding 20 tahun lalu. Penyertaan guru dalam kumpulan maya seperti Telegram Guru Kimia dan Sains memudahkan mendapat bahan dan latihan merentas negeri. Jika 10 tahun lalu, saya meminta rakan guru SBP, MRSM, SMKA dari zon Utara, timur, Selatan, tengah, Sabah dan Sarawak menghantar soalan peperiksaan pertengahan dan percubaan untuk diladikan latihan pengukuhan. Kini lebih mudah dengan adanya teknologi maklumat. Pelajar akan rasa tercabar dan yakin diri apabila mampu menjawab soalan tersebut... Dengan ini mereka juga yakin mampu mencapai A. 

6. PEMANTAPAN JAWAPAN JITU
Teknik menjawab soalan peperiksaan yang lebih tepat dan JITU amat penting untuk mencapai gred cemerlang. Ceramah Teknik Menjawab yang dilaksanakan dalam tempoh 2 Jam tidak mencukupi. Dengan ini guru perlu mengambil pendekatan setiap ujian dan peperiksaan dalaman seperti peperiksaan sebenar. Guru perlu saling berhubung dengan rakan yang berpengalaman. Usahlah guru malu meminta nasihat rakan menyemak silang kertas peperiksaan, sekarang mudah boleh 'scan' dan minta bantuan rakan. Usahlah rasa belas kasihan dalam permarkahan tetapi dorongan berterusan untuk pelajar dapat memperbaiki kelemahan yang perlu diperbaiki. 

7. PANTAU MEDIA SOSIAL 
Pembelajaran MAYA boleh membantu pencapaian pelajar bagi meningkat persaingan melalui pelbagai platform Google Classroom, Telegram, WhatsApp, Quizzes, Kahoot dan semacam seumpamanya. Kumpulan perbincangan kelas bersama guru mungkin membantu. Namun AWAS.... Jika kelekaan dalam media sosial akan memberikan kesan sebaliknya. Andaikata setiap 5 minit pelajar kemaskini status di media sosial ia menganggu fokus persediaan terutama 3 Bulan terakhir. Jika kita dapat memberi teguran langsung syukurlah sebab pelajar adakalanya lebih bijak dari guru untuk "unseen". Kebanyakan pelajar cemerlang menjauhi dari terperangkap di alam maya. 

Adalah mengharapkan perkongsian ini dapat memberikan semangat untuk kita sama sama mencipta kecemerlangan biarpun berjuang bersama pelajar biasa biasa tapi mampu kejayaan luar biasa.... 

NORAZRI MAT PIAH 
InderaPutera AZRi 
SMK KINARUT 89608 PAPAR SABAH 
Guru AKADEMIK Kimia 1994 - 2020 

Tuesday, February 18, 2020

REFLEKSI NOSTALGIA 25 TAHUN MENCABAR MINDA

Refleksi nostalgia 25 tahun mencabar minda. 
"Minda ku tidak akan beku di sudut kecil itu" 
Ketika mula melangkah sebagai pendidik 25 tahun lalu, tiada ruang hawa dingin, tiada capaian internet. Melihat naskah ijazah sepintas pelawaan Ketua Panitia yang banyak membimbing lalu aku ditempatkan di sudut kecil stor persediaan makmal. Tiada pembantu makmal ketika itu.... 

Pesannya hari kita guru, ijazah hanya di kertas gulungan scroll biru. Namun hakikat nanti kita lah guru, kitalah pembantu makmal dan kitalah peneraju. Berbakal jadual waktu 35 waktu 7 kelas, bermulalah perjalanan sebagai seorang guru. Akhirnya melangkah setangga demi setangga sehingga menjejak puncak meneraju cabaran. Inilah roda kehidupan ada masanya di puncak dan ketikanya di lembah. Menghayati cabaran mendidik era revolusi industri memang mencabar. Usahlah kita ketinggalan dengan ilmu pendidikan baharu.... 
Ketika itu hanya satu pegangan ku... "Minda ini tidak akan beku di sudut kecil itu". 

Dengan itu tetap tersenyum apabila anak didik menambah markahnya satu persatu hingga mereka yakin kejayaan akan dimiliki apabila guru - murid bersatu....

Sunday, February 2, 2020

STEM, PA21K dan PPSMI : Memahami isu sebenarnya dalam pembelajaran Sains...


STEM : Dasar pembelajaran Sains untuk menarik minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik untuk memenuhi keperluan masa hadapan tenaga mahir negara. 

PA21K : Budaya pendidikan abad21 yang mementingkan minat dan pembelajaran murid yang berteraskan inkuri. Ini membolehkan pelajar merasakan pembelajaran itu menyeronokkan yang bukannya hanya berteraskan peperiksaan.  Dasar STEM dan PA21 saling menyokong satu sama lain.... 

PPSMI : Isu masalah pembelajaran Sains atau menutup kegagalan pendidikan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara kita? Pelajar yang mempelajari Bahasa Inggeris dari tahun 1 hingga tingkatan lima masih menunjukkan tahap yang lemah dalam penguasaan sama ada penulisan atau pertuturan. Ini menjadikan kebolehan persaingan dan pasaran global yang lemah. Menjadikan Bahasa Inggeris medium pembelajaran Sains dan Matematik sebagai batu lonjatan untuk penguasaan Bahasa Inggeris apakah tindakan wajar. Tanggungjawab itu hendaklah seharusnya  dikembalikan kepada pendidikan Bahasa Inggeris bukannya memindahkan beban kepada yang sedia mengalas bebanan. 

Wednesday, January 22, 2020

1987 lagi cikgu kami dah pdpc STEM....

STEM : Seruan pdpc STEM menekankan pembelajaran nyata ( hand on) menjadikan pelajar lebih memahami dan menghayati. JOM... Kita berubah...


Terima kasih cikgu Fizik kami - cikgu Mohd Zaid Ismail - dah mengamalkan pdpc STEM masa belajar fizik 1987 lagi.... Benar pemahaman hingga kini. Bersama rakan sekelas Azmi Musa, Shahrul Rizal dan lain lagi... Merasai medan elektrik merupakan pengalaman yang berkesan.... Mungkin masih ingat eksperimen medan elektrik dengan bola ping-pong bersalut aquadac dan cahaya warna warni dalam tiub vakum.... Menghayati memahami sehingga terpilih membuat pameran amat membanggakan kami.... Itulah pdpc STEM.... 

Mungkinkah ada lagi pelajar sekolah hari ini merasai pengalaman itu.... Sekalung penghargaan kepada guru Fizik kami cikgu Mohd Zaid yang gigih mengajar kami.... Sehingga segulung pita detik kami habiskan... Cikgu masih senyum...... ( Nota : Habis, rosak, pecah tak pe asal ikut prosedur dan faham - itulah pegangan cikgu kami dalam aktiviti makmal yang ku genggam hingga kini....) Syukurlah kami ada guru dedikasi.... Terima kasih cikgu 


Kisah pita detik : 
http://inderaputera2020.blogspot.com/2012/10/alkisah-3-denda-yang-dikembalikan.html?m=1