Lebih 10 tahun berlalu, setiap kali penerbangan kembali ke lokasi bertugas, aku melihat penuh di Eraman KLIA tidak lupa membeli cenderamakanan tanda kepulangan dari Tanah Malaya ke Borneo. Ku sapa.... “Bah... mahu pulang ke Borneo, jadi kamik bawa kembali untuk anak buah di kampung” ...jelasnya bila sembang sebelum pulang.
Friday, December 27, 2019
GARDENIA AKRAB BORNEO
Lebih 10 tahun berlalu, setiap kali penerbangan kembali ke lokasi bertugas, aku melihat penuh di Eraman KLIA tidak lupa membeli cenderamakanan tanda kepulangan dari Tanah Malaya ke Borneo. Ku sapa.... “Bah... mahu pulang ke Borneo, jadi kamik bawa kembali untuk anak buah di kampung” ...jelasnya bila sembang sebelum pulang.
Monday, December 23, 2019
e-Tunai Rakyat : eWallet tidak mesra warga desa
Monday, November 25, 2019
REFLEKSI 2019 : Antara Ikhlas - Ikhias dan Intergriti - Interpuji
Wednesday, November 6, 2019
DIGITAL CLASSROOM : PdPc era IR 4.0 : TEKNIK LIPAT 4 DAPAT SAINS KIMIA SPM
Wednesday, October 30, 2019
KUDA .....
Kuda lumba - kehebatan penunggang lebih membawa keuntungan pada manusia. Kuda seringkali jadi batu loncatan mengumpul kemasyuran dan kekayaan. Kuda akan mengikut segala arahan penunggang.
Kuda perang - kehebatan pahlawan dan kuda yang yang tangkas adalah seiringan. Pahlawan yang hebat perlu selari dengan kuda yang tangkas
Moga kita setangkas kuda perang, sejinak kuda rekreasi dan sepantas kuda lumba dalam menjalani kehidupan ini.... Asal jangan diperkudakan...
Friday, October 18, 2019
Refleksi Guru : GIMIK dan SET INDUKSI.......
Saturday, September 7, 2019
JENAKA INDUKSI 8 : CERMIN SATAH
Pengajaran Sains kelas 4B adakalanya memberikan semangat pada guru namun ada masanya bila melihat jejaka yang sering mengantuk kerana tewas arena PUBG dinihari, kita guru perlu mencari idea yang relavan.
Topik Cermin Satah - Biarpun konsep mudah tapi adakalanya pelajar tetap keliru untuk memahami 4 ciri imej cermin satah - tegak, sama saiz, maya dan songsang sisi. Dah pernah cuba aktiviti makmal tajuk ini tapi agak kurang menarik kerana ia linear dan sedikit keanak-anakan aktivitinya hanya melihat cermin kecil 30 cm x 70 cm di makmal.
Idea hari ini..... π‘π‘π‘π‘
Dua cermin besar tergantung di laluan dan hadapan tandas. Dengan menyulam sedikit cerita dongeng yang semua kanak - kanak tahu menteranya..... " mirror mirror on the wall.... Who's the most beauty in the world". Kebanyakan pelajar rasa ceria dan mengatakan diri mereka dalam cermin jawapannya. π‘π‘ Manipulasi sedikit cerita dongeng itu.... Dengan mengatakan cerita itu " pembohong dan menteranya silap", pelajar mula teruja mematahkan hujah guru dengan pelbagai pendapat. Wira PUBG pun bangun membangkang.......
πππ‘π‘π‘Mulakan penerokaan.....
Dengan setiap kumpulan bersama pita pengukur, pembaris meter, sekeping kertas yang ditulis nama yang ingin disebut dalam mentera. Keriangan sambil belajar.... ukuran jarak pelajar dari cermin, tinggi pelajar di hadapan dan dalam cermin satah diukur...... Akhirnya mentera dongeng " Mirror mirror on the wall.... Who's the beauty...." sambil membuka kertas yang tertulis nama ahli..... " Nama yang tertulis tidak muncul dalam cermin... Tetapi terbalik.... Ditulis nama PIAN.... oleh pelajar bernama Pian.... Yang muncul di cermin satah wajah PIAN tetapi namanya dibaca jadi NAIP. Bukan kah benar cerita dongeng Mirror in the wall.... Silap mentera....
Kembali ke kelas menganalisa dapatan hari ini......
Sebelum beredar terdengar ungkapan "cikgu ni kelakar juga tapi payah senyum namun kami faham......."
Aku beredar dari kelas memikirkan apa aktiviti esoknya....
Saturday, June 1, 2019
BEYBLADE vs GASING.....
Beyblade - gasing versi asing di sokong dengan animasi TV dan didokong dengan aktiviti STEM yang dikatakan dapat menarik minat pdpc yang lebih bertenaga. Anak-anak pulang ke kampung beraya pun disajikan dengan ‘pertandingan’ beyblade bersama saudara sepupu yang ghairah mempamerkan kehebatan beyblade “attack n defend” . Dengan kreativiti rekaan dan kemudahan mobiliti serta lapangan ia menjadi popular menyelinap di pelusuk budaya tanpa mengira kaum dan lokaliti.
Gasing- permainan tradisi yang memerlukan kemahiran yang tinggi - melilit tali , melempar untuk memusingkannya , nampaknya semakin dilupakan dalam budaya kita. Ia tidak lagi menjadi saingan utama di desa apatah lagi di kota. Ingat suatu masa dahulu mengubahsuai gasing dengan paku dan lilitan besi bagi meningkatkan kehebatan semasa perlawanan.
Friday, April 5, 2019
PERMARTABATAN GRADUASI PRA U
Monday, January 7, 2019
MATEMATIK TAMBAHAN AKA HANTU POKOK ARA
Kegirangan terpancar diwajah anak-anak yang mengikuti aliran Sains dan Perakaunan mendaftar masuk tingkatan empat. Berkobar-kobar semangat dengan disemarakkan dengan kata motivasi guru STEM yang gigih. Namun semangat itu teruji dengan matapelajaran Matematik Tambahan. Hari pertama kelas, telah bersuara keluhan pelajar mengatakan Matematik Tambahan ini susah dan sukar. Perkhabaran ini dari rakan pelajar yang lepas.
Momokan Matematik Tambahan ini sukar adalah ibarat mitos nusantara Melayu yang mengaitkan pohon ara nan rendang dengan hantu atau penunggu. Mitos ini disampaikan dari generasi ke generasi, dari datuk dan nenek ke ibu bapa hingga kepada cucu dan cicitnya. Kini mitos Matematik Tambahan ini susah mulai menyerap hati pelajar. Ketakutan yang diwarisi tanpa usaha mengatasi.
Namun demikian cara menghadapi dua 'mitos' ini didapati tidak ditangani dengan selari. Jika mitos pohon ara berhantu , apabila kita melaluinya datuk nenek kita membekalkan azimat, mentara yang selaras dengan pegangan agama masing-masing. Persediaan rapi dan teliti menghadapi dugaan mitos pohon ara.
Berbanding dengan mitos kesukaran Matematik Tambahan , pelajar kita menangani dan cara yang tidak selari. Menghadapi sukar dengan tindakan lari dari menghadapi dengan persediaan rapi. Seharusnya azimat buku Matematik Tambahan, gelanggang latihan Matematik Tambahan dipergiatkan , latihan dan perguruan lebih gigih untuk menghadapi kesukaran ini. Moga mitos Matematik Tambahan ini dapat diatasi untuk generasi akan datang menjadi perwira terbilang.